Jakarta Benci Malaysia???


Terdapat banyak aduan serta ketidakpuashatian Indonesia terhadap Malaysia. Baru-baru ini wujud kontroversi, di mana rakyat Indonesia berasa tidak puas hati ke atas tarian Pendet serta asal-usulnya. Carian melalui Wikipedia, menyatakan bahawa tarian Pendet ini merupakan tarian pemujaan di tempat ibadat umat Hindu di Bali, Indonesia. Tarian ini melambangkan penyambutan dewa-dewi ke alam dunia.

Bukan itu sahaja, terdapat juga isu Batik di mana Batik Java hinggalah Batik Sunda asalnya dari Indonesia dikatakan berasal dari Malaysia sendiri. Tetapi Malaysia juga mempunyai corak Batiknya tersendiri dan kadangkala persamaan dari segi corak serta propaganda dari sesetengah pihak mencetuskan kontroversi antara Malaysia dan Indonesia. Lagipun, sebelum isu batik ini tercetus, Indonesia sendiri tidak menekankan atau mementingkan Batik.

Ketegangan antara Jakarta dan Malaysia tidak dapat diselesaikan di mana, media Indonesia melaporkan sebuah halaman web Malaysia baru-baru ini didapati mendakwa gamelan adalah sebahagian warisan kebudayaan tempatan. Laman web bagi warisan kebudayaan, www.warisan.gov.my dilaporkan Jakarta Globe menyenaraikan gamelan sebagai sebahagian daripada warisan Malaysia selain bersama boria dan tarian zapin.

Isu-isu yang dipaparkan dalam setiap arus media termasuklah Facebook. Facebook merupakan arus media yang terbaru dan boleh dikatakan merupakan kegilaan terbaru masyarakat dunia. Dalam Facebook, tajuk "WE HATE MALAYSIA" (Kami Benci Malaysia) oleh sekumpulan rakyat Indonesia diutarakan dalam halaman hadapan Facebook mereka. Ini jelas menunjukkan kebencian Indonesia terhadap Malaysia. Malahan, bagi rakyat Indonesia yang berkerja di Malaysia dinasihati supaya tidak berkongsi budaya serta tarian Indonesia dengan Malaysia berikutan tuduhan Indonesia terhadap Malaysia yang mencuri tarian Pendet Bali.

Logo bagi kumpulan ini juga menunjukkan "orang lidi" yang memegang bendera Indonesia sedang memijak Jalur Gemilang. Slogan yang dilaungkan oleh mereka adalah "Bukan rasisme, ini nasionalisme!" dan disertakan dengan ayat "Berhati-hatilah dengan kata-kata serumpun mereka, karena mereka akan menikam dari belakang"

Tindakan Jakarta yang begitu ekstrem ini sememangnya boleh mencetus kemarahan rakyat Malaysia sendiri dan isu-isu yang diutarakan, sedikit sebanyak mempunyai kebenarannya tetapi kadangkala, isu ini telah dipropagandakan oleh sesetengah orang supaya boleh menjejas hubungan baik antara Jakarta dan Malaysia.

http://www.facebook.com/search/?q=we+hate+malaysia&init=quick#/group.php?gid=68311750529&ref=search&sid=1759740985.494607843..1

Albert Thien

[+/-]Baca Selanjutnya..

SALAM LEBARAN




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN, DARI KAMI KREW SABAH THROUGH US

[+/-]Baca Selanjutnya..

BISKUT SUJI



*Resipi kuih minggu ini adalah biskut suji, maaf lambat keluarkan resipi kerana sibuk dengan tugasan... cubalah resipi kuih ini sedap...

2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung suji
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
½ cawan mentega
½ cawan tepung kastard

Cara-caranya:

Mentega + gula dipukul kembang dan masuk telur kemudian masukan tepung jagung dan tepung kastard +tepung suji hingga rata. Bentukkan bulat dan bakar.

[+/-]Baca Selanjutnya..

KATA-KATA AZIMAT

Pertahankan satu hal dalam hidup ini iaitu KEBENARAN. Bila anda melakukannya, meskipun nampaknya akan membuat anda jauh dari orang lain, hal ini akan membuat anda mendapat mahkota Tuhan.”
(Horace Mann)


"Kita mengelilingi dunia untuk menikmati keindahan, padahal kita tidak akan menemukan keindahan itu kalau kita tidak memiliki keindahan dalam diri kita.”
(Ralph Waldo Emerson)

“Ketinggian yang dicapai dan dipelihara orang-orang terkemuka tidaklah diperoleh dengan tiba-tiba. Ketika orang lain terlelap, mereka bekerja keras di tengah malam.”
(Henry Wadsworth Longfellow)

“Kecenderungan untuk berharap dan bergembira adalah kekayaan yang nyata; sedangkan ketakutan dan kesedihan adalah kemiskinan yang nyata.”
(David Hume)

“Tidak selalu orang pintar mendapatkan yang terbaik; orang yang mempunyai kegigihan berusaha, orang yang terus bertahan dan tidak pernah menyerah lah yang akan mendapat kejayaan.”
(W. E. Corey)

“Kemuliaan kita yang terbesar tidak terletak pada fakta bahawa kita tidak pernah jatuh, tetapi pada kebangkitan kita setiap kali kita jatuh.”
(Oliver Goldsmith)

[+/-]Baca Selanjutnya..

BISKUT MAMA CARIEE



*resipi minggu ini ialah biskut mama cariee

1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
½ cawan susu tepung
1 biji telur (kuning sahaja)
1 sudu baking powder
Tepung gandum secukupnya

Krim:
1 cawan gula icing
1 biji putih telur
2 sudu tepung jagung

Coklat cair utk dilukis.

[+/-]Baca Selanjutnya..