P & P DI LUAR BILIK DARJAH

Oleh : MOHD HANAFI JUMRAH


TAWAU- Satu kejadian gempa bumi berskala 3.5 Richter telah melanda Kunak dua bulan yang lalu. Berikutan daripada kejadian gempa bumi ini telah menyebabkan keretakan di beberapa bahagian, termasuk lantai dan alang Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya tiga minggu lalu. Seorang pelajar cedera ringan di kaki apabila serpihan konkrit koridor sekolah telah menimpa mangsa ketika mangsa sedang berjalan.

Seramai 980 pelajar daripada tingkatan Satu hingga Enam dekat sini enggan memasuki kelas kerana bimbang akan keselamatan mereka. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) masih tetap dilakukan walaupun mereka terpaksa belajar di kantin, dewan dan astaka daripada mengambil risiko akibat daripada keretakan tersebut.

Selepas menerima lawatan daripada Ahli Parlimen Silam, Saleh Kalbi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) enggan mengambil sebarang risiko berkenaan keselamatan anak-anak mereka. Pada lawatan berkenaan Saleh Kalbi juga menyatakan bahawa keadaan sekolah ini memerlukan perhatian segera untuk memastikan keselamatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah ini tidak terancam.

Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melawat sekolah berkenaan, namun Institut Jurutera Malaysia (Ikram) belum lagi membuat pengesahan sama ada sekolah itu selamat diduduki atau sebaliknya.

[+/-]Baca Selanjutnya..

PARAS SUNGAI RENDAH PUNCA UBAT KURANG

Oleh: Mohd Hanafi Jumrah


KUALA LUMPUR- Jabatan Kesihatan Sarawak mendapati bekalan ubat di Klinik Kesihatan Nanga Merit di Bahagian Kapit berlakunya kekurangan ubat disebabkan masalah kelewatan penghantaran ubat dan juga disebabkan paras air sungai yang terlalu rendah sehingga menyebabkan bot ekspres tidak dapat bergerak ke Daerah Belaga.

Selain paras air sungai rendah, sikap cuai pegawai yang bertugas juga telah gagal membuat pesanan bekalan ubat bagi setiap tiga bulan. Hal ini kerana, pegawai yang bertugas lewat memesan ubat, siasatan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Faizul Mansoor.

“Setakat ini, masalah penghantaran ubat sudah dapat diatasi dan bekalan ubat di hantar ke Klinik Kesihatan Nanga Merit. Manakala, bagi pegawai berkenaan juga telah diingatkan agar memesan ubat secara berkala,” kata Dr Faizul Mansoor dalam satu kenyataan semalam.

[+/-]Baca Selanjutnya..

MAJIKAN PROFESIONAL, PEMBANTU RUMAH BERETIKA.



Oleh : Nur Hayati Safwanah Durahman

Masyarakat Malaysia kini terutamanya keluarga golongan pertengahan ke atas kebanyakannya memerlukan pembantu rumah dalam keluarga mereka. Kesibukan ibu bapa bekerja siang hari telah menjadikan pembantu rumah sebagai alternatif untuk menyelesaikan segala urusan di rumah termasuklah menjaga anak-anak. Bagi mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah, kebanyakan ibu bapa akan mengambil pembantu rumah daripada agensi pembantu rumah asing yang telah disediakan di negara ini. Mereka akan merasa segan membebankan ibu bapa mereka untuk menjaga anak-anak mereka. Oleh itu, pembantu rumah asing lah yang akan menjadi fokus utama mereka. Lagipun amat sukar untuk mencari pembantu rumah warga Malaysia sendiri kerana pada masa kini pekerjaan pembantu rumah sudah tidak di pandang oleh masyarakat Malaysia kini. Biasanya panggilan ‘amah’ atau ‘kakak’ untuk pembantu rumah begitu sinonim dengan masyarakat golongan ini di Malaysia. Kenapa masyarakat Malaysia lebih gemar mengupah pembantu rumah warga asing terutamanya dari Indonesia? Inilah yang selalu menjadi persoalan di benak fikiran kita kan? Sebenarnya kita sendiri sudah tahu jawapannya. Sukar untuk mencari pembantu rumah warga Malaysia sekarang ini. Hal ini kerana ia berkaitan dengan gaji sebagai pembantu rumah yang dirasakan tidak memuaskan. Jadi, masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk mencari pekerjaan yang memberikan gaji yang lebih tinggi.

Menyentuh tentang isu gaji sebagai pembantu rumah di Malaysia ini, kebanyakan majikan tidak memberikan gaji yang tinggi kerana menganggap kerja sebagai pembantu rumah tidaklah seberat yang disangka. Namun, tugas sebagai pembantu rumah boleh dianggap sebagai tanggungjawab yang berat. Menjaga anak, mengemas rumah, memasak, mencuci pakaian, dan sebagainya merupakan kerja yang penat. Jika terkena lagi keluarga tempat bekerja itu mempunyai ramai anak-anak kecil, tentu letih melayan kerenah mereka. kadangkala kerja yang pembantu rumah buat ini tidak tertanggung oleh badan mereka. oleh itu, hanya pekerja asing sahaja yang sanggup melakukan kerja ini di Malaysia. Masyarakat Malaysia sendiri tidak mahu menjadi pembantu rumah kerana merasakan gaji yang diberikan tidak akan berbaloi dengan apa yang akan mereka lakukan. Masyarakat Malaysia bersyukur kerana dengan adanya Agensi Pembantu Rumah Asing yang disediakan di negara ini. Agensi yang disediakan ini telah memudahkan masyarakat Malaysia dan tidak perlu bersusah-payah untuk mencari pembantu rumah lagi. Namun, sejak kebelakangan ini ramai pembantu rumah warga asing kurang berminat untuk datang ke Malaysia berikutan gaji yang diberikan rendah dan laporan media mengenai kes penderaan pembantu rumah warga asing di Malaysia seperti yang dibentangkan dalam persidangan Dewan Negara (11 Julai 2009- Kuala Lumpur, BERNAMA)

Baru-baru ini, media telah memaparkan tentang kes penderaan pembantu rumah di Malaysia yang melibatkan pembantu rumah warga Indonesia. Selepas kes Nirmala Bonat yang telah disimbah dengan air panas dan seterika oleh majikannya sehingga mencetuskan tunjuk perasaan anti Malaysia di Indonesia, muncul lagi kes kedua yang juga mendapat liputan luas oleh media iaitu kes Siti Hajar yang didera oleh majikannya serta tidak dibayar gaji sehingga tertunggak sebanyak hampir RM17,000. Malah, turut dikesali apabila Siti Hajar hanya diberi makan berlaukkan ‘babi’ sahaja dan tidak dibenarkan makan ayam, sayur dan daging. Sememangnya kita sebagai warga Malaysia mengesali apa yang telah terjadi terhadap Siti Hajar. Perkara seperti inilah yang akan menjadi buah mulut orang kerana ia melibatkan sifat-sifat kemanusiaan sejagat. Kes-kes seperti ini boleh membakar jiwa masyarakat apatah lagi ia mendapat liputan luas oleh pihak media. Ada yang berasa marah, kesal, sedih, dan ada juga yang baru mulai sedar akan sifat-sifat kemanusiaan yang sepatutnya kita pupuk dalam diri kita dengan adanya kes-kes seperti ini. Pelbagai persepsi diberikan oleh seluruh masyarakat mengenai kes-kes yang dikemukakan oleh media ini.

Namun begitu, sebenarnya kes penderaan pembantu rumah oleh majikan di Malaysia hanyalah kes minoriti sahaja seperti yang diperkatakan oleh Pengarah Lembaga Pengkajian Masalah Sosial Pekerja Indonesia, Khairuddin Harahap (myMetro). Terdapat juga kes keganasan pekerja asing terhadap majikannya seperti kes Hanni Seo yang dijatuhkan hukuman empat tahun lapan bulan penjara kerana mengaku bersalah cuba hendak membunuh bekas majikannya, Phang Kian Huang di Air Itam, Pulau Pinang. Namun, hukuman itu dianggap ringan setelah mahkamah dimaklumkan bahawa Hanni Seo bertindak demikian kerana tertekan dan merasa teraniaya akibat dizalimi oleh bekas majikannya itu. Sebenarnya kita tidak boleh meletakkan sepenuh kesalahan di bahu majikan-majikan sahaja kerana tidak semua majikan bersifat tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja terdapat kes penderaan pembantu rumah, malah terdapat juga kes-kes pembantu rumah yang tidak berdisiplin dan tidak memberikan komitmen terhadap pekerjaannya. Menurut Setiausaha parlimen kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk paduka Abdul Rahman Ibrahim, terdapat 25 aduan yang diterima melalui ‘hotline’ aduan di bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia sejak 21 Jun lepas. Sebanyak 21 aduan daripada 25 aduan tersebut mengenai pekerja asing yang menipu majikan, tiga aduan melaporkan majikan tidak membayar gaji dan satu aduan mengenai pembantu rumah yang melarikan diri daripada majikan. Menurutnya lagi, dari Januari 2008 sehingga Januari 2009 terdapat 4010 kes majikan yang telah di senarai hitamkan dan 19 agensi pekerja asing yang telah digantung lesen (11 Julai 2009-BERNAMA).

Merujuk kepada kes-kes penderaan pembantu rumah oleh majikan dan kes keganasan pekerja ini, kita akan tertanya-tanya mengapakah berlakunya perkara-perkara seperti ini? Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kes seumpama ini berlaku. Namun, tidak semua faktor penyebab berlakunya penderaan hanya tertumpu pada majikan sahaja. Sebenarnya ia bergantung pada keadaan dan situasi di antara pembantu rumah dan majikannya. Menurut Dr. Fatimah Yusoff, Pensyarah Jabatan psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes-kes ini ialah berkaitan dengan personaliti majikan dan juga sikap sesetengah pembantu rumah tersebut (Utusan Malaysia, 12 Feb 2000). Menurut beliau, sikap majikan yang tidak penyabar dan mempunyai masalah peribadi serta pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka boleh menyebabkan ketegangan di antara mereka. Sesetengah majikan sukar memahami pembantu rumah dan menganggap mereka boleh membuat apa sahaja kerja tanpa memikirkan bahawa tugas sebagai pembantu rumah tidaklah semudah yang disangka. Pembantu rumah juga memerlukan masa untuk beristirahat setelah penat bekerja. Maknanya, majikan perlu profesional dalam memberikan tugasan dan pembantu rumah pula mesti menerapkan etika dan kredibiliti yang baik ketika bekerja. Jika tidak, silap hari bulan berlakulah babak-babak penderaan sama ada dari segi fizikal atau mental.

Majikan juga boleh merasa terdera perasaannya apabila mempunyai pembantu rumah yang pandai memijak kepala dan ingkar dengan segala arahan. Pendek kata, kredibiliti seorang pembantu rumah dalam menjalankan tanggungjawab mereka di tahap yang tidak memuaskan sehingga majikan merasa tertekan dan tidak percaya dengan pembantu rumah mereka. Menurut Dr. Fatimah lagi, pembantu rumah yang kerap melakukan kesalahan ketika bekerja dan bersikap malas menimbulkan perasaan marah majikan. Jika berterusan boleh menyebabkan majikan ke tahap mendera jika ditambah lagi dengan masalah peribadi yang ditanggung majikan. Justeru, keserasian perlu ada di antara majikan dan pembantu rumah. Majikan mesti bersikap profesional, pekerja pula mesti ikhlas menjalankan kerja mereka dan bersedia melakukan tugasan sebagai pembantu rumah. Kes-kes pembantu rumah asing yang tidak menjalankan kerja dengan baik itu sebenarnya akibat daripada tidak berminat dengan bidang pekerjaan tersebut tetapi terpaksa melakukannya untuk mendapatkan wang atau kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan lain. Ini mendesak mereka untuk menerima pekerjaan yang mereka langsung tidak minat dan bukan dalam bidang mereka. Sesetengah pekerja asing di Malaysia ini tidak berkesan, tidak cekap dan tidak bahagia kerana mereka tidak berada di tempat yang tepat. Pekerjaan mereka mungkin bukanlah pekerjaan yang mereka cintai. Sekiranya pekerja telah menemui bidang kerjaya yang tepat, ia akan mendapat kenikmatan dalam menyelesaikan tugas di bidang kerja mereka.

Justeru, ada yang menganggap kejadian seumpama ini di mana berlakunya penderaan pembantu rumah asing oleh majikan dan juga keganasan pekerja asing terhadap majikan di Malaysia hanyalah satu perlakuan jenayah biasa sahaja. Namun, jika diteliti dengan mendalam kes-kes seperti ini akan memberikan impak negatif di antara negara kita dan juga Indonesia. Kes-kes ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa percaya di antara kedua-dua belah pihak. Malah boleh menjejaskan hubungan diplomatik atau hubungan internasional di antara kedua-dua negara ini. Selain itu, kes seperti ini juga boleh menimbulkan masalah kepercayaan dan keyakinan terhadap pengurusan pentadbiran negara serta sistem kehakiman kita. Banyak kes-kes yang dilaporkan tapi hanya sedikit yang dibicarakan dan selebihnya masih dalam siasatan. Kes-kes yang dilaporkan terlalu lama dalam siasatan. Seperti juga kes Nirmala Bonat di mana hukuman terhadap bekas majikannya sudah diputuskan tetapi masih belum dilaksanakan seperti dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof di dalam sidang Dewan Negara Julai lalu (28 Ogos 2009, Utusan Malayia). Beliau telah memaklumkan bahawa bekas majikan Nirmala tersebut, Pek Hua, telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Kes ini masih belum selesai sedangkan ia sudah berlalu selama lebih kurang dua tahun. Sebenarnya, kes-kes seperti ini kita tidak boleh memandang ringan kerana ia melibatkan hubungan di antara dua negara. Banyak persepsi yang akan muncul dan boleh memburukkan nama negara masing-masing.

Oleh itu, kedua-dua negara harus memberikan kerjasama dalam membendung masalah-masalah ini. Jangan biarkan imej negara kita terjejas dan menyebabkan hubungan di antara negara kita dengan Indonesia tidak berjalan dengan baik. Salah satu langkah untuk mengatasi permasalahan ini ialah Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia, persatuan bukan kerajaan, pihak majikan dan pembantu rumah hendaklah meneliti setiap permasalahan yang berlaku ini dengan baik dan menyelesaikannya dengan cara yang betul tanpa melibatkan emosi dan prasangka buruk antara satu sama lain. begitu juga dengan pihak Indonesia. Selain itu, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan menarik lebih ramai lagi pembantu rumah asing yang berkualiti ke Malaysia, Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, berkata lagi bahawa rakyat Malaysia mesti sanggup membayar gaji yang lebih tinggi atau setanding dengan gaji yang ditawarkan di negara-negara lain dan membayar gaji tepat pada waktunya. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia hendaklah mempertimbangkan perkara ini untuk mendapatkan pembantu rumah yang bermutu. Begitu juga dengan tugas pembantu rumah. Hendaklah melakukan tugasan dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan untuk meningkatkan mutu kerja. Paling penting sekali, hubungan di antara majikan dan pembantu rumah hendaklah harmonis dan menjalinkan kemesraan.

[+/-]Baca Selanjutnya..

Tinggalkan kejahilan, semarakkan budaya membaca.



Oleh: Nur Hayati Safwanah Durahman


Budaya membaca adalah salah satu usaha yang amat digalakkan di kalangan masyarakat Malaysia pada setiap peringkat umur atau golongan. Sepatutnya kita menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan seiring dengan era pembangunan dan kemajuan globalisasi di negara ini. Kita harus mencontohi sarjana komunikasi dan ahli akademik yang terkenal iaitu Harold D. Laswell yang memiliki minat membaca yang luas. Membaca adalah satu inisiatif yang berkesan dalam menambahkan pengetahuan. Untuk membaca, kita memerlukan buku. Buku melambangkan ilmu.


Seperti yang kita tahu, membaca mempunyai kepentingannya yang tidak boleh kita pandang sebelah mata sahaja. Mempraktikkan budaya membaca ini boleh menjauhkan diri dari segala kejahilan di dunia. Melalui bacaan boleh membekalkan ilmu. Bangsa yang berilmu adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca adalah bangsa yang mencintai ilmu. Kita akan kelihatan jahil tanpa ilmu dan bagaimana kita hendak memajukan negara kita andainya setiap golongan masyarakat di negara ini tidak berusaha mencari inisiatif dalam membangunkan negara. Selain itu, membaca akan membolehkan kita meluaskan pengetahuan dan menjana pemikiran untuk memiliki motivasi diri yang tinggi. Bacaan menciptakan manusia seutuh-utuhnya (Francis Bacon, 1995).

Namun, timbul persoalan di mana isi-isi kandungan setiap buku yang diterbitkan adakah bersifat ilmiah atau sekadar hiburan semata-mata? Sememangnya ada buku yang bersifat hiburan diterbitkan. Namun, penerbit harus mencari inisiatif untuk menarik perhatian pembaca dengan membekalkan bacaan yang bersifat ilmiah. Contohnya, majalah. Penerbit boleh menerbitkan majalah yang bersifat ilmiah dengan muka surat yang tidak terlalu banyak sehingga membuatkan pembaca cepat merasa bosan untuk membaca. Dalam satu situasi di mana pengunjung di kedai buku hanya akan melintasi atau membelek sahaja buku-buku tebal. Manakala, majalah-majalah hiburan akan menjadi perhatian utama pengunjung. Justeru, penerbit-penerbit buku hendaklah mencari jalan dalam mengasah tabiat membaca masyarakat di negara ini.

Sebenarnya, individu itu sendirilah yang akan membuat penilaian sama ada ingin memotivasikan diri ke arah kecemerlangan atau sebaliknya. Semangat membaca tidak harus dipaksa tapi harus lahir dari hati daripada setiap individu dengan keinginan yang jitu. Cuba bayangkan jika kita membuat sesuatu dengan terpaksa. Adakah ia akan bertahan lama? Setiap individu harus faham sendiri faedah dan manfaat membaca ini. Jangan buat secara terpaksa kerana semangat membaca tidak akan berterusan. Apa yang menyedihkan, remaja sekarang lebih suka membaca majalah-majalah hiburan, komik, novel dan sebagainya yang tidak bersifat ilmiah. Sedikit sebanyak ia akan mengubah sikap-sikap remaja ke arah kemerosotan akhlak dan sosial.

Justeru, ibu bapa adalah orang yang harus bertanggungjawab membentuk akhlak dan peribadi anak-anak. Anak-anak seperti kain putih, terpulang kepada ibu bapa mencorakkan mereka. Jika corak tersebut diwarnakan dengan warna merah, merah lah jadinya. Jika diwarnakan dengan warna biru, biru lah jadinya. Budaya membaca ini harus diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jangan bila anak-anak sudah besar, barulah sedar bahawa dari kecil lah kita patut mendidik mereka dan meniti lah di bibir kita kata pepatah Melayu, ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Ibu bapa harus mencari inisiatif awal seperti membina mini perpustakaan di dalam rumah dan sentiasa lah menghadiahkan anak-anak dengan buku untuk menggantikannya dengan permainan. Jadikan anak-anak kita sebagai ‘ulat buku’. Tidak ada ruginya, malah banyak manfaatnya kepada bangsa, agama dan negara kita.

Selain itu, kerajaan juga mempunyai peranan yang penting sebagai ‘platform’ dalam mendidik masyarakat menjadi bangsa yang bertamadun, berilmu serta mampu menangkis anasir-anasir luar dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini. Salah satu cara untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat kita ialah dengan menurunkan duti import terhadap bahan bacaan luar. Kerajaan juga boleh menganjurkan program-program seperti pesta buku antarabangsa. Ini akan menarik perhatian masyarakat untuk menyambut seruan kerajaan. Masyarakat yang membaca akan membudayakan ilmu sebagai wahana pembangunan negara. Jika setiap kita bertanggungjawab dan membudayakan pembacaan, akan tercapailah visi negara kita yang menginginkan semua masyarakat celik huruf seratus peratus pada tahun 2010.

Namun, usaha kerajaan yang murni dalam memupuk budaya membaca ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kita. Masyarakat kita kurang tabiat membaca berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi hanya siswazah-siswi sahaja yang memberikan sambutan. Namun, tidak semua siswa-siswi yang menyambut positif usaha murni ini. Mereka lebih sebati dengan buku-buku yang bersifat hiburan seperti majalah hiburan, komik, dan novel. Malahan, penerbitan buku-buku hiburan lebih banyak berbanding buku-buku ilmiah. Sehubungan dengan itu, usaha ini haruslah dipikul bersama oleh semua pihak supaya masyarakat Malaysia tidak begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat Jepun. Semua pihak tidak harus berputus asa dalam menangani masalah ini, bak kata pepatah ‘belakang parang diasah lagikan tajam, inikan pula manusia’.

[+/-]Baca Selanjutnya..

KEMPEN ANTI-MEROKOK SUATU REALITI ATAU MITOS



OLEH : MOHD HANAFI BIN JUMRAH


“Merokok merbahayakan kesihatan” begitulah slogan yang tertera pada kotak-kotak rokok di Malaysia. Secara umumnya, rokok adalah berbentuk silinder yang diperbuat daripada kertas mempunyai ukuran panjang antara 70 hingga 120 mm dengan ukuran diameter sekitar 10 mm yang mengandungi daun tembakau yang telah dicacah. Merokok ialah membakar pada salah satu hujung rokok dan membiarkan ia membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain. Tabiat merokok merupakan penyakit global yang menular ibarat nanah yang semakin membusuk di negara kita, dengan implikasi yang amat serius bukan sahaja ke atas kesihatan perokok, sistem kesihatan sesebuah negara dan kesejahteraan ekonomi. Kajian yang telah dijalankan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) ke atas 18,000 orang pada tahun lepas mendapati perokok yang berusia 15 tahun sebanyak 21 peratus, 16 tahun sebanyak 32.2 peratus, 17 tahun sebanyak 35.6 peratus, 18 tahun sebanyak 45.5 peratus, 19 tahun sebanyak 51.4 peratus, 20 tahun sebanyak 49.2 peratus dan 54 peratus merupakan perokok dewasa.

Namun apa yang menyedihkan lagi, seramai 10, 000 orang maut setiap tahun akibat daripada penggunaan rokok. Rokok yang mengandungi 4,000 bahan kimia termasuk tar (bahan membuat jalan raya), nikotina, ammonia (bahan pencuci lantai), arsenik (racun anai-anai), dan karbon monoksida (gas beracun). Rokok yang berpunca daripada tembakau boleh menyebabkan seseorang yang merokok itu menjadi ketagih. Tembakau merupakan hasil pertanian yang diproses daripada daun tumbuh-tumbuhan genus Nicotiana yang segar. Industri tembakau telah menyumbang sebanyak RM 1.2 billion kepada pendapatan negara melalui pelbagai jenis cukai dan lebih kurang RM 3.6 billion setahun disumbangkan kepada negara hasil daripada cukai rokok. Industri penanaman tembakau bermula pada 1883 di Sabah dengan tanaman tembakau cerut. Kemudian diikuti tembakau jenis virginia di Semenanjuang Malaysia di Ladang Penyelidikan Malaysia di Serdang, Selangor pada 1931. Kemudian pada tahun 1970 penanaman tembakau berkembang pesat di Kelantan, sehingga hari ini meningkat sebanyak 60 peratus pengeluarannya. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (HWO), tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Tembakau juga mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil sebagai nikotin.

Ketua amalan Farmasi, Kuliyah Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed, menyatakan bahawa rokok mengandungi nikotin yang boleh melumpuhkan sistem saraf tengah, menghentikan proses pernafasan dan menyebabkan kematian jika anda mengambil 60 miligram (mg) nikotin sekali gus. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa rokok sebagai ejen yang menghantar secepat dan sebanyak mungkin nikoti di dalam tubuh badan seorang perokok atau pun di dalam tubuh perokok melalui bahan-bahan di dalam rokok. Buletin World Health yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (HWO) edisi bulan Julai-Ogos 1995, melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan, yang mana ia sama dengan apa yang dihasilkan oleh heroin dan kokain.

Selain itu, rokok bukan sahaja boleh melumpuhkan sistem saraf tengah, tetapi rokok juga boleh mengurangkan keupayaan seseorang dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berat seperti mendaki gunung, seorang perokok akan hilang keupayaan untuk bertahan lama apabila mendaki gunung dari segi pernafasan, ketahanan diri dan tenaga. Hal ini kerana, asap rokok yang dihidu itu akan masuk ke dalam saluran darah, kemudiannya asap itu dihantar ke jantung dan akan menyebabkan jantung tidak dapat mengepam secara normal lalu menyebabkan keupayaan seseorang itu menurun. Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Wilayah, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Sallehudin Abu Bakar menyatakan bahawa pada tahun 2000, menunjukkan bahawa 25 peratus yang maut disebabkan barah paru-paru, 25 peratus penyakit jantung koronari, 20 peratus menghidapi strok, 15 peratus COPD (penyakit sekatan pulmonari) kronik dan 15 peratus lagi lain-lain punca.

Kesan merokok atau asap rokok ini juga memberikan risiko yang sama kepada wanita yang mengandung dan juga anak yang dikandung. Pada awal kehamilan, rokok akan memberi kesan yang negatif terhadap janin, yang boleh mengakibatkan kecatatan terhadap anak yang bakal dilahrikan dan merencatkan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta. Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita yang merokok berkemungkinan adalah tiga kali lebih rendah berbanding dengan bayi normal dan risiko yang lebih tinggi akan menyebabkan kematian bayi. Kualiti susu badan juga berkurangan daripada biasa akibat daripada aktiviti merokok semasa awal kehamilan. Ibu juga berisiko melahirkan bayi sebelum tempoh matang dan anak yang dilahirkan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami sawan. Selain daripada penyakit, tabiat merokok juga boleh memberikan kesan terhadap fizikal manusia. Menurut Sallehuddin dan Norlaila (1998), dari aspek fizikal, tabiat merokok boleh mengakibatkan bau rokok yang kurang menyenangkan kepada pakaian. Warna gigi turut akan berubah daripada warna putih kepada warna kekuningan. Gigi akan menjadi cepat rosak dan mulut akan mengeluarkan nafas yang berbau.

Manusia terawal di dunia yang merokok adalah daripada suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok bertujuan untuk memuja dewa atau roh. Pada abad ke-16, bangsa Eropah telah menemukan benua Amerika dan sebahagian daripadanya ialah para penjelajah Eropah dan mereka juga terikut untuk menghisap rokok, kemudiannya membawa tembakau pulang ke Eropah. Selepas itu merokok sudah sinonim dengan kalangan bagsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang daripada Sepanyol telah membawa masuk rokok ke Turki dan bermula daripada detik itu, ia terus menular ke negara-negara Islam. Sehingga kini isu merokok menjadi semakin meruncing dalam kalangan penduduk di seluruh dunia. Apa yang membimbangkan lagi kebanyakan perokok yang mula merokok seawal di bangku sekolah lagi. Hal ini kerana remaja lebih cenderung mempengaruhi kawannya yang tidak merokok agar sama-sama menikmatinya dan menambah keceriaan serta merapatkan lagi hubungan antara mereka. Menurut Kamarudin (1996) mengatakan bahawa remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok boleh di dorong oleh desakan rakan sebaya. Remaja biasanya diterima masuk di dalam sesuatu kumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika remaja tersebut tidak berani merokok mereka akan dipulaukan dalam kalangan rakan sebaya mereka.

Selain itu, antara sebab-sebab merokok adalah perasaan ingin menonjolkan keegoan diri. Pada kebiasaannya, apabila kaum lelaki sampai disuatu peringkat akan merasakan dirinya mempunyai kekurangan atau tidak sempurna kelakiannya jika tidak merokok. Sekiranya dia tidak merokok dan melihat orang yang berada di sekelilingnya merokok sama ada di sebelahnya atau dihadapannya, ia merasakan bahawa dirinya tercabar dan merasa terlalu kecil ditengah-tengah kaum lelaki yang merokok. Perasaan inilah yang perlu dihapuskan dalam dirinya, lantas mengambil rokok sebagai kesempurnaan keegoannya. Apa yang lebih jelas lagi, apabila mereka berjalan dan dihembuskan pula asap rokok dijalanan, ini menunjukkan bahawa mereka cukup sempurna sebagai seorang dewasa. Mereka merokok di mana-mana sahaja, tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok di premis-premis kerajaan seperti lapangan terbang, hospital, sekolah dan universiti dan denda yang dikenakan.

Sesetengah orang berpendapat bahawa merokok itu merupakan satu keperluan apabila menghadapi sesuatu masaalah. Rokok dianggap sebagai suatu yang dapat meringankan beban kekusutan fikiran yang dialami dan ianya dapat dikurangkan melalui tabiat merokok. Sekiranya fikirannya mula berkecamuk, maka seseorang individu itu akan mengambil rokok sebagai ubat penenang fikiran. Mereka merasakan bahawa dengan tabiat merokok boleh memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan. Perokok juga sentiasa mempertahankan bahawa merokok mempunyai keupayaan yang boleh mengurangkan tekanan, ketegangan dan berasa lebih tenteram. Tabiat merokok dianggap sebagai aroma terapi untuk mereka lari daripada segala masalah yang membelengu diri mereka. Keadaan ini yang membawa kepada ketagihan dan masalah kesihatan yang serius.

Walaupun, banyak kesan negatif daripada tabiat merokok tetapi masih ramai lagi perokok yang merokok tanpa mengendahkan seruan kerajaan terhadap amalan gaya hidup yang sihat. Negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (HWO) telah mencipta Hari Dunia Tanpa Tembakau pada 1987. Hari Dunia Tanpa Tembakau ini disambut pada 31 Mei setiap tahun oleh seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kematian setiap tahun, yang mana sebanyak 3.5 juta setiap tahun dilaporkan berpunca daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan tembakau. Pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membendung masalah ini antaranya ialah kempen anti-merokok dan cara hidup sihat.

Namun kempen anti-merokok yang telah diilhamkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah melancarkan Kempen Anti-Merokok “Tak Nak” pada Februari tahun 2004 lebih memfokus pada remaja yang berumur 13 sehingga 21 tahun. Hal ini kerana, kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah dikalangan remaja. Kempen Anti-Merokok “Tak Nak” ini pada asalnya merupakan cetusan minda bekas Perdana Menteri kita ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang bimbang melihat golongan generasi muda yang kian terjebak. Isu berkenaan dengan merokok ini bukanlah satu perkara yang baru di Malaysia. Kempen anti-merokok yang dilaksanakan oleh kerajaan boleh diibaratkan sebagai “mencurah air ke daun keladi” yang diberikan oleh rakyat Malaysia, malahan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dengan meletakkan gambar ngeri pada kotak-kotak rokok seperti tidak memberi kesan dan tidak membawa apa-apa makna ke atas perokok itu sendiri. Tiada perokok yang ngeri dengan melihat gambar-gambar tersebut.

Sikap individu perokok itu sendiri yang tidak mahu berubah dan meninggalkan tabiat merokok. Tabiat merokok sudah sebati dengan kehidupan perokok dan mereka mula ketagih dengan rokok, apabila sehari tidak merokok dia merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap. Walaupun, mereka tahu bahawa merokok boleh mendatangkan kesan yang negatif dalam hidup mereka, tetapi mereka tetap mengambil kesan ini dengan remeh dan menganggap bahawa kesemua kesan tersebut adalah dusta selagi kesan itu tidak mengenai diri mereka sendiri. Sikap individu yang keras hati, tidak akan menyahut seruan kerajaan dan menjayakan kempen anti-merokok, mereka akan memberi pelbagai alasan agar mereka tidak berhenti merokok. Mereka juga tidak berasa takut terhadap gambar-gambar yang telah diletakkan di kotak-kotak rokok, malahan mereka membeli kotak rokok khas, kemudian meletakkan rokok yang dibeli ke dalamnya dan bersaing terhadap kotak rokok siapa yang paling cantik. Keputusan hanya terletak di tangan individu itu sendiri, jika mereka mahu menyahut seruan kerajaan iaitu kempen anti-merokok mereka akan lakukan, tetapi jika mereka tidak menghiraukannya mereka tetap akan merokok dan mungkin akan menjadi perokok tegar. Analoginya di sini ialah tangan kanan memegang sebilah `pisau dan tangan kiri memegang mentimun, maka keputusan ditangan kita sama ada mahu memotong mentimun itu dengan cara sendiri atau membiarkannya sahaja.

Selain itu, kurangnya pemantauan daripada ibu dan bapa. Ibu dan bapa haruslah menjadi role model yang terbaik buat anak-anak. Setiap gerak-geri, kata-kata yang keluar daripada ibu dan bapa diperhatikan oleh anak-anak. Sekiranya ibu dan bapa merokok di hadapan anak-anak sedangkan mereka melarang anak-anak tersebut merokok. Maka tidak hairanlah jika anak-anak itu meniru apa yang ibu dan bapa lakukan. Ibu dan bapa yang sibuk mengejar kebendaan tidak akan menghiraukan anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan anak-anak mereka mencari hiburan di luar dan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik. Ibu dan bapa juga harus mengenali dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Rakan-rakan mempunyai pengaruh yang kuat antara satu sama lain. Oleh itu, penting bagi semua ibu dan bapa untuk mengenali siapa kawan-kawan anak-anak anda dan ibu bapa mereka. Galakkan anak-anak remaja untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat dan positif bersama rakan-rakan mereka. Perhatikan ke mana mereka pergi dan ekori mereka agar mereka selamat daripada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Memberi wang belanja sekolah yang mencukupi dan menanamkan konsep menabung. Jika memberi wang belanja sekolah secara berlebihan, maka wang lebihan tadi akan digunakan untuk membeli rokok.

Tiada sokongan daripada masyarakat terhadap kempen anti-merokok. Masyarakat tidak prihatin terhadap remaja-remaja yang berpakaian sekolah merokok secara bebas di pusat membeli-belah. Mereka hanya memandang sebelah mata sahaja, seolah-olah mereka tidak melihatnya. Di manakah sifat masyarakat Malaysia yang penyayang?. Penjaja atau penjual rokok juga tidak prihatin, yang mana penjaja atau penjual rokok ini turut menjual kepada remaja di bawah umur. Mereka hanya memikirkan soal keuntungan sahaja, tanpa menghiraukan amaran oleh kerjaan yang meletakkan lable hanya untuk 18 tahun ke atas di kotak rokok. Isi kandungan rokok juga telah di mansuhkan, yang mana dahulunya terdapat kotak rokok yang mengandungi 7 batang dan 10 batang, tetapi kerajaan telah memansuhkannya menjadi 14 batang dan 20 batang. Hal kiranya dapatlah membendung gejala merokok dalam kalangan perokok, tetapi ternyata hasilya tidak kerana penularannya rokok seludup dan tiruan. Pada kebiasaannya perokok boleh membeli rokok sebatang sahaja di kedai-kedai runcit, ini menujukkan bahawa penjual rokok hanya mementingkan keuntungan sahaja daripada menyahut seruan kerajaan.

Kelemahan penguatkuasaan juga menjadi sebab mengapa kempen anti-merokok ini gagal. Penguatkuasaan yang kurang boleh menyebabkan penyeludupan rokok-rokok daripada negara lain berleluasa. Penjaja-penjaja rokok seludup semakin berleluasa di negara kita, namun tiada tindakan dilakukan daripada pihak berwajib. Pada kebiasaannya rokok seludup atau tiruan yang dijual lebih murah berbanding rokok tempatan. Malaysia seharusnya menguatkuasakan lagi penguasaan dan undang-undang agar matlamat kerajaan untuk negara sifar rokok dapat direalisasikan. Papan tanda denda RM 5, 000 sekiranya di dapati merokok premis-premis kerajaan tidak dilaksanakan dan hanya menjadi perhiasan sahaja. Sekiranya kerajaan benar-benar serius untuk membasmi perokok-perokok tegar, tindakan dan denda yang telah lama terkubur haruslah dilaksanakan agar perokok-perokok ini berhenti merokok.

Kesimpulannya, setelah banyak amaran, peringatan, nasihat, kempen dan bermacam-macam lagi aktiviti anti-merokok dijalankan, hasilnya tetap sama dan tidaklah membanggakan. Kempen anti-merokok yang telah menelan belanja beratus-ratus juta ringgit belum juga menampakkan sebarang perubahan yang nyata di kalangan perokok. Dalam hal ini, kempen anti-merokok dirasakan telah gagal. Pelbagai langkah-langkah yang lebih drastik perlulah dilakukan bagi menangani isu ini. Tanggungjawab ini bukanlah hanya terletak di bahu kerajaan sahaja, sebaliknya semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan semula kempen anti-merokok berjaya dan individu perokok itu sendiri harus mempunyai kesedaran dan mempunyai kemahuan untuk berhenti merokok.

[+/-]Baca Selanjutnya..

RISIKO PEROKOK PASIF



Oleh : Mohd Hanafi Bin Jumrah

Penulis terkesima sebentar apabila melihat kepulan-kepulan asap berwarna putih menyelubungi ruang udara sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Sabah. Kepulan asap tadi menghasilkan satu aroma yang busuk daripada hembusan sekumpulan remaja berumur lingkungan 16 tahun. Lalu membuatkan penulis hampir tidak dapat bernafas, namum bagi mereka kepulan asap itu sudah sinonim dengan mereka. Pada sudut yang lain penulis terpandang sekumpulan perokok pasif bersama beberapa orang perokok aktif. “Kami dah biasa kawan dengan mereka, kami tidak kisah dengan asap rokok ini” kata salah seorang remaja dari kumpulan tersebut. Persoalannya di sini apakah mereka tidak mengetahui akibat yang bakal menimpa mereka daripada menjadi perokok pasif?

Penulis terkenang kepada nasib seorang pakcik penulis, di peramah dan baik orangnya, penulis memanggil beliau ialah pakcik Man. Dia merupakan seorang perokok pasif yang mana sekarang ini menderita akibat didiagnosis menghidap kanser paru-paru pada tahap keempat. Dahulu, pakcik Man berkawan dengan kumpulan perokok aktif yang kerap merokok. Pakcik Man tidak pernah memikirkan kesan atau akibat yang bakal diterimanya daripada menghidu asap rokok. Akhirnya, pakcik Man menderita dan penyakitnya itu merebak dari hari ke hari ke kawasan pankreas dan terkena tulang yang mengakibatkan sakit sewaktu berjalan. Keadaan pakcik Man amat memilukan hati penulis, namun dia tenang menghadapi segala ujian tuhan. Setiap bulan pakcik Man perlu menjalani kemoterapi untuk merawat penyakit tersebut. Pesan pakcik Man kepada penulis supaya janganlah bergaul dengan perokok aktif, kerana perokok pasif juga akan menerima nasib seperti perokok aktif.

Secara umumnya, merokok merupakan penyakit global yang menular ibarat nanah yang semakin membusuk di negara kita, dengan implikasi yang amat serius bukan sahaja ke atas kesihatan perokok aktif itu sendiri tetapi dalam masa yang sama memberikan implikasi yang lebih buruk kepada perokok pasif. Muhammad Suhaimi Bin Mahmud dalam tulisan beliau iaitu Pandangan Sains Terhadap Rokok di dalam segmen rencana pilihan di dalam Majalah Pengasuh menyatakan bahawa 468 orang iaitu sebanyak 53 peratus orang yang meninggal dunia merupakan mereka yang tidak pernah merokok, berbanding daripada 187 orang iaitu sebanyak 21 peratus orang yang meninggal dunia merupakan mereka yang masih merokok dan144 orang iaitu sebanyak 16 peratus yang meninggal dunia merupakan bekas perokok. Jelaslah di sini bahawa perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi dan cepat untuk menghidap penyakit seperti kanser paru-paru, jantung, strok dan mati pucuk yang di bawa oleh tembakau berbanding dengan perokok aktif. Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Wilayah, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Sallehudin Abu Bakar menyatakan bahawa pada tahun 2000, sebanyak 25 peratus kematian disebabkan oleh kanser paru-paru, 25 peratus penyakit jantung koronari, 20 peratus strok, 15 peratus COPD (penyakit sekatan pulmonari) kronik dan 15 peratus lagi lain-lain punca. Dr. Hammond telah menyatakan bahawa barah adalah berpunca daripada merokok dan ia boleh juga terjadi kepada mereka yang terhidu asap rokok sekeliling atau menjadi seorang perokok pasif. Walaupun perokok pasif tidak menghisap rokok, namun apabila mereka bergaul dengan rakan atau kumpulan-kumpulan perokok pasif, asap rokok yang dihidu oleh perokok pasif akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang datang daripada asap rokok. Hal ini kerana, rokok dan asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun antaranya tar(bahan untuk membuat jalan raya), ammonia (bahan dalam pencuci lantai), karbon monoksida, arsenik (racun anai-anai) dan nikotin.

“Rokok mengandungi nikotin yang boleh melumpuhkan sistem saraf tengah, menghentikan proses pernafasan dan menyebabkan kematian jika anda mengambil 60 miligram (mg) nikotin sekali gus” memetik kata-kata Ketua amalan Farmasi, Kuliyah Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa rokok sebagai ejen yang menghantar secepat dan sebanyak mungkin nikoti di dalam tubuh badan seorang perokok atau pun di dalam tubuh perokok pasif melalui asap rokok. Selain itu, rokok bukan sahaja boleh melumpuhkan sistem saraf tengah, tetapi rokok juga boleh mengurangkan keupayaan seseorang dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berat seperti mendaki gunung, seseorang perokok pasif akan hilang keupayaan untuk bertahan lama apabila mendaki gunung dari segi pernafasan, ketahanan diri dan tenaga. Hal ini kerana, asap rokok yang dihidu itu akan masuk ke dalam saluran darah, kemudiannya asap itu dihantar ke jantung dan akan menyebabkan jantung tidak dapat mengepam secara normal lalu menyebabkan keupayaan seseorang itu menurun.

Oleh itu, terpulang kepada individu itu sendiri sama ada dia memilih untuk menjadi seorang perokok aktif, perokok pasif atau hidup indah tanpa rokok. Bagi mereka yang memilih untuk menjadi perokok aktif mahu pun pasif, mereka seolah-olah telah menempah tiket untuk kematian. Kita seharusnya menyayingi diri dan insan yang disayangi daripada rokok yang menjadi pembunuh dalam senyap dan memusnahkan hidup. Keputusan hanya ditangan anda, tepuk dada tanya selera, tanya hati jawablah sendiri.

[+/-]Baca Selanjutnya..

LAGI-LAGI BULI



Oleh : ADZMAN ADES

Terlalu banyak masalah yang dikaitkan dengan sekolah hari ini. Dari isu yang remeh temeh sehinggalah yang melibatkan ibu bapa dan nyawa pelajar. Apa yang dapat dilihat gejala buli semakin menjadi-jadi di sekolah. Perkara ini semakin membimbangkan khususnya para guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa. Kejadian buli ini sering kali melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh. Hampir semua pelajar yang pernah belajar di sekolah berasrama penuh mengetahui wujudnya buli, walaupun hanya segelintir yang menjadi mangsa atau pembuli. Gejala buli ini sering kali dilakukan oleh pelajar-pelajar senior keatas pelajar junior. Contohnya di asrama, buli ini dilakukan adalah sebagai satu cara untuk menambahkan keyakinan hidup di asrama. Buli bolehlah dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang.

Pada masa dahulu gejala buli ini tidaklah pada tahap yang membimbangkan ini kerana disekolah guru-guru dianggap sebagai individu yang mempunyai kuasa untuk menghukum pelajar-pelajar yang melanggar peratuaran sekolah. Dengan adanya kuasa seperti itu guru-guru dapat membentuk sahsia dan keperibadian pejalar. Ibu bapa juga akur dengan hukuman yang diberikan kepada anak mereka sekiranya anak mereka membuat kesalahan. Pada masa dahulu ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka. Ibu bapa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka untuk membentuk keperibadian anak mereka. Namun apa yang dapat kita lihat pada masa ini ibu bapa seolah-oleh mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka, ada diantara ibu bapa marah apabila anak-anak mereka dihukum oleh guru-guru. Ini membuatkan pelajar-pelajar semakin angkuh dan bongkak mereka tidak takut lagi dengan hukuman-hukuman yang diberikan kepada mereka.

Apa yang kita dapat lihat hukuman merotan hanya boleh dilakukan oleh guru disiplin sahaja. Kuasa menghukum juga sangat terbatas di tambah pula dengan respon Kementerian Pelajaran Malaysia yang sering melebih-lebihkan pelajar dan ibu bapa berbanding dengan guru. Sepatutnya, kuasa guru dikembalikan semula dengan sokongan oleh pihak kementerian. Keadaan ini tidak akan ada penghujugnya selagi pihak kerajaan dan kementerian tidak melakukan sesuatu untuk membendung gejala buli ini. Kita tidak mahu gejala buli ini menjadi semakin teruk. Kita lihat sahaja insiden yang berlaku di Amerika Syarikat di mana tembakan rambang kerap berlaku di sekolah. Salah satunya insiden Columbian High School pada akhir 1990-an yang mana insiden ini telah membunuh 12 orang pelajar dan seorang guru.

Adalah penting untuk kita ingat bahawa buli, konflik verbal, sentuhan fizikal dan yang berhubung dengan tindakan agresif masih menjadi bentuk yang biasa dalam masyarakat. Di Malaysia orang yang paling menonjol kajiannya tentang buli ialah Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Satu tinjauan telah dibuat oleh webPemuda menerusi “Poll” yang mana “Sikap Lepas Tangan Ibu Bapa” ” sebagai punca utama kejadian gejala samseng dan buli di sekolah. Dalam “Poll Survey” yang dilakukan 53.79 peratus telah memilih “Sikap Lepas Tangan Ibu Bapa” sebagai punca manakala hanya 11.87 peratus sahaja yang memilih “Pengaruh Media”. Pada jun 2005 satu kes buli yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, pelajar tersebut telah lumpuh ia dipercayai akibat dipijak belakangnya dengan kasut polis kadet serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkatan lima dan tiga. Ini merupakan kes serius yang dilaporkan dan membuka mata ramai pihak agar masalah ini perlu dipantau dan diatasi segera. Pada 15 mei 2009 satu buku panduan telah diterbitkan untuk menangani gejala buli ini. Ketua penulis buku berkenaan, Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub berkata buku manual tersebut dihasilkan dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai pihak. Di samping itu juga talian hot line juga telah diwujudkan di bawah kementerian pelajaran dan melihat bahawa gejala buli ini sangat serius.

Gejala buli ini telah membuka luas mata masyarakat agar ia dapat dibendung kita tidak mahu gejala buli ini merosakkan masa depan Negara kita kerana anak muda merupakan tunggak harapan Negara. Apa sahaja yang kita lakukan hari ini, baik sebagai guru, ibu, bapa, masyarakat, pemimpin, media dan sesiapa sahaja akan memberi impak yang besar bagi pembentukan generasi akan dating.

[+/-]Baca Selanjutnya..

DADAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH



Oleh Adzman Ades


“Dadah Pemusnah, Musnahkan Dadah” ia merupakan tema Anti Dadah Kebangsaan pada tahun ini yang mana ia dipilih untuk membangkitkan kesedaran masyarakat bahawa ancaman dadah boleh merosakkan Negara kita. Dari segi relitinya dadah mampu menguasai tubuh seseorang dan merosakkan minda. Tidak banyak perkara yang lebih bersifat kontroversi dan topik larangan seperti penagihan dadah. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dadah Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu, masalah penagihan dadah membelenggu hampir setiap Negara tidak kira dari status ekonomi atau politiknya.

Di Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mendaftarkan lebih 300,000 penagih, tetapi agensi ini meramalkan bahawa masih ramai yang belum diambil kira, mungkin ada tiga atau empat yang tidak mendaftar. Unjuran tersebut menunjukkan bahawa empat peratus daripada penduduk Malaysia menagih dadah. Walaupun angka ini agak mengejutkan, ramai orang tidak sedar betapa rumit masalah penagihan dadah dan menganggapnya sebagai satu kelemahan moral atau masalah perwatakan. Sendikit dadah mampu mengancam ekonomi Negara dan penyeludupan dadah ke Negara kita akan meningkatkan jenayah dikalangan masyarakat. Sebagai contoh kita dapat lihat sejarah China melalui Perang Candu yang mana Negara Amerika telah membawa masuk candu melalui Negara Turki dan India. Kemasukan Candu ke Negara China telah menjejaskan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini telah memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China menjadi penagih candu. Gejala dadah ini harus ditangani segera untuk mengelakan peristiwa Perang Candu berlaku di Negara kita.

Biarpun pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mencegah penularan gejala dadah ini, namun ia masih terus membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Menurut seorang ketua Penolong Pegawai Daerah (PPD) Bentong, Mohd Hafizi Ibrahim berkata kebanyakan mereka yang terlibat dengan gejala dadah ini berusia di antara 16-39 tahun. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, penagih yang dikesan pada tahun 2008 ialah seramai 12,352 iaitu 5,939 penagih baru dan 6,413 penagih berulang. Dadah dapat dikategorikan kepada pelbagai jenis antaranya seperti Opait iaitu Candu, Kodein, Morfin dan Heroin. Ganja dan Hashish merupakan dadah jenis kanabis. kewujudan dadah jenis sintetik seperti pil kuda, ketamin dan eramin 5 kini menjadi ancaman baru bagi masyarakat termasuk juga pelajar. Ini kerana dadah jenis ini mudah didapati dan dijual pada harga yang agak murah. Trend dalam kalangan masyarakat kini yang gemar menggunakan dadah sintetik itu, sangat membimbangkan kerana kesannya sangat teruk, termasuk gangguan emosi dan merosakkan sistem saraf pusat seperti otak serta saraf tunjang.

Dari masa ke masa pihak berkuasa cuba membenteras gejala dadah ini. Walaupun banyak yang sudah tertangkap namun gejala ini seperti tiada penghujungnya. Pelbagai kempen kesedaran yang dilakukan namun impaknya hanya sedikit. Peyeludupan dadah kini semakin menjadi-jadi ada yang menggunakan herba sebagai alat untuk menyorokan dadah. Kini aktiviti penyelidupan dadah semakin canggih, dengan adanya teknologi moden dadah dengan mudahnya diseludup masuk ke Negara kita. Contohnya satu sendikit antarabangsa dirompin telah menggunakan alat komunikasi satelit sistem Inmarsat untuk berurusan dengan pengedar atau pembeli dadah di pasaran antarabangsa. Peralatan tersebut juga telah digunakan untuk membawa dadah menerusi jalan laut. Kecanggihan teknologi bukan hanya memberikan kebaikan kepada masyarakat malahan ianya juga membawa keburukan kepada masyarakat sendiri. Bukan itu sahaja, aktiviti penyeludupan dadah sering memperdayakan orang awam contohnya pelancongan yang mana suatu ketika dahulu pernah berlaku sendiri kepada rakyat Malaysia yang mana telah tertipu dengan aktiviti pelancongan percuma. Pada hal ianya merupakan salah satu teknik untuk menyeludup dadah masuk kedalam Negara.

Laporan statistik daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) faktor utama penagihan dadah yang dikesan, adalah kerana pengaruh kawan (54.98%), Mereka yang terjebak dengan gejala dadah ini sebenarnya adalah untuk mencari keseronokan semata-mata. Ada diantara mereka juga yang mempunyai masalah lalu mengambil dadah sebagai bahan perangsang untuk menenangkan fikiran. Pada masa yang sama Kekurang kasih sayang dan ajaran agama merupakan salah satu faktor remaja terlibat dengan penagihan dadah. Kebebasan daripada ibu bapa telah menyebabkan mereka ini mudah terpengaruh dengan rakan-rakan ini disebabkan tiada kawalan daripada ibu bapa.. Selain daripada remaja ada juga di antara mereka yang sudah bekerja terlibat dengan penagihan dadah. Faktor penglibatan ini disebabkan untuk mengawal tekanan di tempat kerja dan sebagai rangsangan. Mengikut statistik yang dikeluarkan pada 2008 oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan januari hingga julai sektor Buruh am merupakan golongan yang terbesar dikesan terlibat dengan dadah iaitu sebanyak 1,309 orang (19.51%) berbanding dengan sektor-sektor pekerjaan yang lain. Dari apa yang dapat di lihat, mengikut pada statistik tahun 2008 januari hingga mei yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan penagihan dadah ini lebih cenderung kepada kaum lelaki yang berusia antara 15-64 tahun. Namun apa yang lebih memeranjatkan pada tahun 2008 laporan januari hingga mei penagih dikalangan wanita meningkat sebanyak 31.19 peratus. Kaum wanita juga telah mula berjinak-jinak dengan penagihan dadah lihat sajalah peningkatan peratusan pada 2008. Gejala penagihan dadah ini semakin serius semua pihak seharusnya bekerjasama untuk membendung gejala ini supaya ia dapat dikawal dan seterusnya di hapuskan.

Laporan statistik januari-julai 2008 yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri menunjukan Georgetown merekodkan bilangan penagih yang tertinggi dikesan iaitu sebanyak 730 orang dan kemudiannya diikuti Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur 669, Ipoh 280, Johor Bharu 267, Alor Setar 153 dan Shah Alam 157. Dari pecahan mengikut etnik dari januari- julai 2008 didapati bahawa etnik Melayu masih merupakan penagih yang paling ramai iaitu sebanyak 5992 orang (74.97%). Etnik Melayu merupakan komposisi etnik tertinggi di negara ini dan merupakan penyumbang utama kepada majoritinya penglibatan etnik Melayu dalam penagihan dadah. Disini kita dapat lihat etnik Melayu sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk mengelakan diri daripada pengambilan dadah. Ini disebabkan kurangnya didikan agama dan pendidikan. Bagi 7 bulan sepanjang 2008, golongan belia berumur diantara 19-39 tahun masih lagi majoriti tertinggi penagih yang dikesan adalah seramai 5396 orang iaitu 0.03% daripada golongan umur unjuran penduduk Malaysia yang berusia 15-64 tahun (317,620,300 orang). Golongan belia merupakan yang tertinggi terdedah gejala penagihan dadah disebabkan pergaulan sosial yang tidak terbatas. Didapati 2,812 orang mengaku mengambil dadah disebabkan pengaruh kawan dan 1,132 orang mengambil dadah untuk keseronokan. Di antara lima negeri yang dikesan bilangan terbesar belia terlibat ialah WP Kuala Lumpur seramai 873 orang (415 orang dari Dang Wangi, Kedah seramai 757 orang (Daerah Kuala Muda seramai 273), Johor seramai 680, (di Johor Bahru seramai 314 orang), Selangor seramai 622 orang (117 orang dikesan dari daerah Petaling) dan Pulau Pinang seramai 587 orang ( 279 orang dikesan dari Georgetown).

Pengambilan dadah yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu hilang kawalan diri. Bukan itu sahaja malahan ia juga boleh mengancam nyawa si penagih. Penggunaan dadah perangsang akan memberikan kesan kepada otak manusia. Opioid merupakan salah satu dadah yang paling kerapa disalahgunakan diseluruh dunia. Ia merupakan sebuah ubat pelega kesakitan namun penggunaan secara rekreasi atau sebagai amalan biasa boleh menyebabkan ketagihan apabila otak tidak dapat berfungsi secara normal tanpa opioid. Terdapat dua ciri umum yang dilihat dalam masalah ketagihan dan kebergantungan kepada dadah iaitu dorongan nafsu yang kuat untuk mengambil dadah dan sindrom penarikan yang menyebabkan ketidakselesaan fizikal dan kehilangan motivasi apabila dadah tidak diberikan. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan kebergantungan atau ketagihan. Ketagihan (kebergantungan) dadah ialah penggunaan bahan secara berulang, walaupun ia mendatangkan kesan negatif dan kadang kala berbahaya.

Dadah kumpulan Feniletilamina contohnya seperti Ecstacy, Love Drug dan ICE dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pengambilan dos yang besar dan berlebihan, penagih akan mengalami halusinasi ataupun berkhayal. Pengambilan dadah ini buat pertama kali kebiasanya pengguna akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis iaitu keadaan tidak siuman dan mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian yang dilakukan kepada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan yang berpanjangan.

Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah ialah penyakit progresif. Keadaan ini boleh menyebabkan penagih hilang harga diri apabila mereka rasa mereka harus disalahkan, hilang punca kewangan disebabkan ketagihan mereka dan sering mengabaikan tugas mereka, dan kehilangan sokongan daripada orang tersayang yang tidak dapat membantu mereka. Ramai keluarga yang mengabaikan atau menyembunyikan hakikat bahawa orang tersayang mereka mengalami ketagihan dan kebergantungan kepada dadah. Dalam keadaan paling buruk, individu tersebut mungkin dipinggirkan atau tidak diterima oleh keluarga masing-masing, menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Tidak kira punca atau sebab seorang individu mula menyalahgunakan dadah, sama ada sebagai sesuatu aktiviti yang menyeronokkan atau untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah lain.

Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah bukan sahaja memberikan kesan kepada diri sendiri malahan juga kepada masyarakat. Kadar jenayah akan meningkat seperti mencuri, pecah rumah samun dan juga mencuri kenderaan, penagih sanggup berhadapan dengan risiko yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Kes-kes seumpama itu walaupun dikategorikan sebagai `jenayah runcit' tetapi kesan dan akibat yang ditimbulkan termasuk ke atas psikologi rakyat cukup besar. Jika sebelum ini, penagih dadah banyak dikaitkan dengan kes jenayah kecil seperti pecah rumah dan samun tetapi sejak akhir-akhir ini golongan ini sudah ramai menjadi perogol dan bakal perogol akibat daripada rangsangan penggunaan dadah. Apa yang lebih membimbangkan ialah golongan mereka lelaki yang sudah berkahwin. Tanggungjawab seorang suami akan terabai. Mereka bukan hanya menyederakan diri mereka sendiri malahan kepada isteri dan anak-anak, dalam kebanyakkan kes mereka akan mendera isteri jika tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.

Golongan bekas penagih dadah memerlukan peluang dan ruang untuk memperbaiki diri daripada terjebak kepada penagihan dadah semula. Penghinaan dan terhindar dari masyarakat akan menyebabkan penagih dadah akan kembali semula dengan penagihan dadah. AADK mengesan Purata Penagihan dadah Bagi Tempoh Jan- Julai 2008 bagi kes status penagihan berulang adalah sebanyak 630 orang dalam tempoh sebulan berbanding dengan penagih baru iaitu hanya sebanyak 512 orang dalam sebulan. Didapati bahawa dalam sehari 21 orang dikesan telah kembali menagih dadah. Implikasinya Seseorang yang telah terjebak dengan najis dadah sukar untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Ada diantara mereka dibuang oleh keluarga kerana malu dan menganggap mereka hanyalah sampah masyarakat yang akan membinasakan masyarakat sendiri. Disebabkan mempunyai rekod sebagai seorang penagih, peluang untuk mendapatkan kerja amat sukar. Ketiadaan punca rezeki dan strees akan menyebabkan mereka kembali untuk mengambil dadah sebagai penenang bagi diri mereka.


Apa yang pasti gejala penagihan dadah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja lambat laun ia akan membinasakan Negara dan masyarakat sendiri kerjasama daripada semua pihak harus dilakukan bagi menangani perkara ni masyarakat tidak hanya boleh menunding jari kepada pihak kerajaan, polis dan jabatan-jabatan yang berkaitan untuk menagani masalah ini. Pelbagai kempan harus diadakan bagi menagani masalah ini. Terutamanya disekolah-sekolah bagi merealisasikan usaha mewujudkan sekolah Bebas Dadah menjelang 2015 kerana mengikut daripada statistik AADK remaja sering terpengaruh dengan gejala penagihan dadah ini. Penyertaan semua pihak termasuk sekolah, guru, ibubapa dan masyarakat setempat perlu seiring bagi memastikan masalah ini tidak berlautan di Negara kita.

Tambahan pula, ancaman dadah ini semakin hari semakin mencabar selari dengan perkembangan semasa di mana kini wujud dadah tiruan yang memberikan kesan lebih teruk kepada kesihatan seseorang. Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri, Abdul Halim Yaacob berkatra dalam satu Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Bentong bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong pelajar sekolah adalah aset dan sumber tenaga manusia untuk masa hadapan negara dan mereka juga merupakan pewaris tampuk kepimpinan negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan aspirasi negara. Karrnival seperti inilah yang sering diharapkan oleh masyarakat agar remaja-remaja sekolah dapat didik dan diberikan pengetahuan menagnai bahayanya dadah.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan mendidik anak-anak dan memberikan mereka perhatian yang secukupnya. Setiap pergaulan mereka diawasi dari semasa ke semasa. Ini kerana bagi membendung mereka daripada berkawan dengan kawan-kawan yang terlibat dengan gejala dadah. Kasih sayang yang secukupnya harus diberikan agar anak-anak tidak rasa terhindar daripada keluarga. Luangkan sedikit masa dengan anak-anak seperti mengadakan aktiviti riadah untuk mengelakan anak-anak berasa bosan

Walaupun pemasangan mesin pengesan dadah di semua pintu masuk utama telah dilakukan namun Pemantauan daripada pihak berkuasa harus diperkuatkan lagi ini kerana dengan adanya telemounikasu yang baik aktiviti penyeludupan dadah semakin canggih iaitu melalui penggunaan satelit sistem Inmarsat. AADK juga boleh mengadakan satu program seperti Hari peringatan Anti-Dadah bagi menggalakn penyertaan masyarakat dalam usaha memerangi dadah. Ia bertujuan memberikan penekanan kepada usaha mendidik masyarakat tentang kesan buruk penggunaan dadah yang boleh mengancam nyawa sendiri, keluarga, Negara dan bangsa sendiri. Selain itu pihak kerajaan dan swasta juga harus membeikan peluang kepada bekas penagih untuk bekerja ini kerana tanpa punca rezeki mereka akan berasa strees dan mungik akan melakukan jenayah seperti mencuri, menjual dadah dan sebagainya. Kemungkinan besar meraka akan terjebak semula dengan penagihan dadah.

Dengan adanya program-program, kempan-kampen, dan pengawasan yang ketat oleh pihak berkuasa, gejala dadah ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan daripada terus meningkat. Kerjasa sama semua pihak harus diambil kira tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.

[+/-]Baca Selanjutnya..