DIET WANITA



Tubuh yang langsing sudah sinonim dengan wanita. Tanya sahaja kepada mana-mana wanita pasti mereka menginginkan tubuh yang langsing dan sihat agar kelihatan cantik serta lebih berkeyakinan. Namun begitu, ada antara wanita masa kini yang mengamalkan cara diet yang salah. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu kelihatan langsing, tetapi mereka membuat program diet sendiri tanpa pengawasan daripada pakar kesihatan. Bagi mereka, perkara yang paling utama ialah berat badan mereka menurun dan tubuh menjadi langsing.

Kemungkinan ada antara mereka yang mengamalkan diet epal dan detoks. Dalam diet ini, individu tersebut hanya akan makan epal manis selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan sehari dalam lima hingga enam biji. Selain itu, mereka hanya akan minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya adalah untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan menjadi lebih lancar. Diet ini membolehkan berat badan turun sehingga 2 kilogram dalam seminggu.

Di samping itu, terdapat juga wanita yag mengamalkan diet dengan mengelakkan daripada memakan nasi dalam menu harian mereka. Dalam hal ini, mereka hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya mereka akan makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Malahan, makanan bergoreng adalah dielakkan sama sekali. Mereka juga akan meminum minuman seperti kopi dan gula juga tidak termasuk dalam menu harian mereka. Kita sudah maklum bahawa makanan seperti nasi, roti, dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Oleh itu, mereka yang mengamalkan diet seperti ini akan beranggapan bahawa makanan dari sumber karbohidrat akan menyebabkan kegemukan.

Selain itu, ada sesetengah wanita yang mudah mengalami kadar kenaikan berat badan dengan mendadak, jadi mereka akan mengamalkan diet yang dikenali sebagai makan tiga sudu. Dalam diet ini, mereka akan menjadikan sayur-sayuran sebagai sahabat baik dan lauk kegemaran seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Kebiasaannya, mereka akan makan secara perlahan-lahan agar mudah berasa kenyang malahan mereka akan banyak minum air putih. Dalam diet ini, apabila mereka makan dengan perlahan-lahan akan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Hal yang demikian dapat membantu menggelakkan mereka daripada makan secara berlebihan.

[+/-]Baca Selanjutnya..

MAKANAN SEGERA BAIK DAN BURUKNYA



Oleh: Albert Thien Kiun Fui

Pengharaman iklan-iklan makanan segera pada tahun 2007 oleh Dr Chua Soi Lek selaku Menteri Kesihatan pada masa itu, sememangnya menjejaskan industri makanan segera tetapi keadaan tersebut tidaklah berpanjangan. Pengharaman ini melibatkan setiap arus media iaitu televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat. Tujuan pengharaman iklan makanan segera ini oleh Dr Chua Soi Lek dan disokong oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) kerana menyifatkan makanan segera ini sebagai pembunuh senyap yang menyebabkan penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit kradiovaskular. Namun demikian, industri makanan segera ini sebenarnya banyak membantu dalam pertumbuhan ekonomi secara global atau tempatan termasuklah mencipta peluang perkerjaan, menwujudkan banyak industri huluan dan hiliran, menjana pendapatan negara dan mempermudahkan gaya hidup masyarakat sama ada secara langsung atau tidak.

Sememangnya terbukti secara klinikal dan teoritikal bahawa makanan segera mempunyai kandungan gula, lemak, garam dan kolestrol yang sangat tinggi berbanding dengan makanan tradisional. Makanan segera merupakan satu perubahan moden dari segi amalan pemakanan tradisional, makanan segera mudah didapati di premis-premis perniagaan yang mengutamakan perkhidmatan menyediakan makanan dengan cepat dan selesa. Makanan segera adalah makanan yang telah mengalami proses sains untuk diawet serta ditambah dengan pelbagai bahan kimia untuk menambah keenakkan serta ketahanan makanan segera berbanding dengan makanan tradisional. Tambahan lagi, harga makanan segera hari demi hari semakin murah dan ia memberi satu persaingan yang sangat sengit dengan premis-premis perniagaan yang menjual nasi campur yang berharga antara RM5 hingga RM7. Kadangkala, harga makanan segera adalah jauh lebih murah daripada nasi campur lebih-lebih lagi promosi terbaru dari KFC dan McDonald iaitu Jom Jimat dan McValue Meals.

McDonald dan KFC merupakan peneraju makanan segera utama di Malaysia dan secara global, McDonald mempunyai 31,000 restoran di setiap pelusuk dunia dan mempunyai kitaran antara 47 juta pengguna setiap masa. KFC atau Kentucky Fried Chicken pula mempunyai 14,800 restoran di 80 negara termasuklah Malaysia, China dan Amerika Syarikat, dijangkakan bilangan restoran makanan segera McDonald dan KFC akan berganda setiap masa. Sebenarnya pertumbuhan industri makanan segera tidak hanya tertumpu kepada kesan buruk ke atas pengambilan makanan segera, ia juga mempunyai prespektif yang positif. Antaranya adalah penjanaaan pendapatan negara, di Malaysia McDonald mempunyai 152 buah restoran dan KFC mempunyai 319 restoran di seluruh Malaysia dan bilangan ini akan bertambah. Di Malaysia, sebanyak 30% sistem francais adalah terdiri daripada industri makanan dan minuman (F&B) dan kebanyakannya beroperasi dengan konsep segera iaitu. Sumbangan industri F&B kepada Perbelanjaan Pengiklanan (Adex) adalah sebanyak RM100 juta atau 2.5 peratus daripada jumlah Adex di Malaysia iaitu kira-kira RM4.4 bilion. Situasi ini mencerminkan bahawa industri makanan segera ini mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan kepada kerajaan dengan adanya cukai kerajaan sebanyak 5%. Ini bermakna setiap pembelian makanan segera oleh pengguna bukan sahaja untuk membeli makanan segera tersebut tetapi juga untuk menampung cukai kerajaan. Dengan adanya bilangan restoran makanan segera yang banyak serta kitaran pelanggan sebanyak 7 hingga 12 orang setiap masa dapat menjana pendapatan negara. Bukan itu sahaja, industri makanan segera juga perlu membayar banyak lagi cukai kepada kerajaan termasuklah cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya. Boleh dikatakan selain daripada industri pelancongan, perindustrian, dan pertanian, industri makanan segera juga perlu ditekankan kerana permintaan masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat.

Industri makanan segera juga mewujudkan industri huluan dan hiliran. Maksud industri huluan adalah industri pertanian dan perternakkan di mana, bahan utama bagi industri makanan segera adalah makanan segar. Ini termasuklah daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran dan sebagainya. Dengan adanya industri makanan segera ini, ia dapat mempercepatkan serta memperhebatkan lagi industri pertanian negara Malaysia. Ini kerana Malaysia yang telah mengalami leapfrogging revolution iaitu revolusi pertanian dan revolusi perindustrian di Malaysia belum diperkukuhkan lagi tetapi telah menuju ke arah revolusi ICT (Information Communication Technology), dengan adanya industri makanan segera ini, ia memperkukuhkan lagi industri pertanian supaya bekalan makanan negara mencukupi. Industri hiliran bermaksud industri-industri yang turut berkembang bersama industri makanan segera iaitu sektor pembungkusan yang membekalkan plastik beg, pembinaan, elektrik dan elektronik serta banyak lagi. Industri-industri hiliran ini sememangnya mendapat manfaat daripada industri makanan segera kerana kontrak-kontrak binaan dan pemasangan akan diberikan kepada industri hiliran ini.

Industri makanan segera ini juga mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dari setiap peringkat industri makanan segera. Sebagai contoh, McDonald secara globalnya mempunyai jumlah perkerja lebih daripada 1.5 juta orang dan jumlah ini akan bertambah setiap masa berikutan semakin banyak restoran McDonald dibuka seluruh dunia. “KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- KFC Holdings (Malaysia) Bhd merancang melabur RM32 juta untuk membuka 40 restoran baru tahun ini, terutamanya di bandar-bandar kecil di Pantai Timur.Setiap cawangan restoran menelan kos RM800,000, kata pengarah urusan. Jamaludin Md Ali di persidangan akhbar di sini hari ini. "Kami sedar kini lebih ramai pesaing yang memasuki industri dan oleh itu kami mensasar untuk membuka lebih banyak cawangan restoran, terutamanya di bandar-bandar kecil, bagi meningkatkan prestasi dan memastikan kedudukan nombor satu dalam industri," kata beliau. Dengan restoran tambahan, jumlah restoran perkhidmatan pantas KFC akan bertambah kepada 481 daripada 441 seluruh negara. Presiden bahagian KFC, Wong Sooi Kheong berkata syarikat telah membuka enam restoran baru, termasuk satu di Sabah, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Beliau berkata bagi restoran baru, syarikat bercadang untuk mempunyai setiap satu di Sabah dan Sarawak. Wong berkata KFC tidak bercadang untuk menaikkan harga jualan produk ayam gorengnya walaupun kos bahan mentah telah meningkat sejak akhir tahun lepas. "Kami faham yang para pengguna kini lebih berhati-hati apabila ia melibatkan perbelanjaan wang ekoran kelembapan ekonomi. Oleh itu, kami telah memperkenalkan set hidangan yang mana pengguna boleh menikmati dari harga serendah RM5.90," kata beliau. Walaupun harganya rendah, kualiti makanan masih lagi dikekalkan, tambah beliau.

Syarikat hari ini melancarkan perkhidmatan telefon mudah alih bagi membolehkan para pengguna tahu kedudukan mana-mana restoran KFC seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Jamaludin berkata syarikat telah melabur RM250,000 untuk perkhidmatan baru, termasuk pengiklanan dan promosi.”
Kenyataan yang dipetik dari BERNAMA, jelas menunjukkan bahawa dengan adanya pelaburan besar dari industri makanan segera itu sendiri semestinya dapat menwujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Bukan itu sahaja, ia juga sebagai mata pencarian bagi golongan muda untuk mencari mata pencarian sampingan sambil berkerja atau pun semasa cuti. Pada 21 Febuari 2007, semasa Dr. Chua Soi Lek merangkap Menteri Kesihatan melarang pengiklanan makanan segera di kaca-kaca televisyen serta setiap saluran media kerana bimbang masyarakat Malaysia semakin terpengaruh dengan keenakkan yang dipaparkan melalui iklan-iklan makanan segera. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak berlanjutan kerana di setiap saluran media dibanjiri dengan iklan-iklan makanan segera, lebih-lebih lagi dengannya promosi terbaru daripada McDonald dan KFC. Kalau dikatakan cara iklan-iklan makanan segera pada tahun 2007 adalah lebih kuat impaknya dan tindakan Dr. Chua Soi Lek adalah betul, bagaimana pula cara pengiklanan makanan segera pada tahun 2009 berbeza? Juga menggunakan konsep keluarga bahagia, juga mengambarkan keenakkan makanan segera dan juga disiarkan pada masa kemuncak oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, kuasa permintaan pengguna terhadap makanan segera ini terlalu besar untuk dikawal sepenuhnya oleh kerajaan walaupun menyedari kesan buruk pengambilan makanan segera.
Sebenarnya konsep makanan segera ini tidak mempunyai garis panduan yang sangat jelas. Namun demikian yang pastinya minuman bergas, makanan bergoreng, burger, keropok, snek dan aiskrim merangkumi sebagai makanan segera. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.Yang pastinya, makanan yang dijual oleh industri makanan segera seperti McDonald, KFC dan Burger King tergolong sebagai makanan segera kerana kandungan makanan segera ini mempunyai tahap gula, garam, lemak dan serat yang sangat tinggi berbanding dengan makanan tradisional yang dimakan. Sebagai contoh, kentang goreng yang selalu dihidangkan di setiap restoran makanan segera mempunyai kandungan lemak sebanyak 16.1gm, ayam goreng 14.9gm dan burger daging dan ayam masing-masing mempunyai kandungan lemak 11.3gm dan 14.3gm. Pengambilan lemak secara berterusan dan dalam kandungan yang tinggi akan menyebabkan kolestrol tinggi, obesiti dan penyakit lain. Kandungan gula di minuman bergas juga sangat tinggi, bagaikan meminum 3 hingga 5 sudu besar gula yang dilarutkan dalam satu tin minuman bergas. Kita akan mula menghadapi karies gigi, sembelit, diabetes dan kegemukkan, Kandungan garam juga sangat tinggi dalam makanan segera berbanding dengan makanan lain terutamanya burger dan orang ramai tidak digalakkan untuk memakan burger pada waktu pagi kerana bagaikan meminum segelas air laut. Pengambilan tahap garam yang sangat tinggi akan menyebabkan peluang untuk mendapat kanser lebih tinggi, keguguran rambut dan sebanyak lagi. Oleh itu pemakanan makanan segera perlulah berhati-hati kerana tanpa disedari, pelbagai penyakit akan mula dialami oleh kita sekiranya kita terus memakan makanan segera tanpa sebarang kawalan.

Keadaan ini menjadi lebih teruk lagi kerana cara pengiklanan makanan segera yang disiarkan di kaca-kaca televisyen sememangnya mengiurkan kita, dengan menunjukkan kesedapan dan keenakkan burger, kentang goreng dan sebagainya. Industri makanan segera juga semakin kreatif dalam memasarkan industri makanan segera mereka, contohnya Bubur Ayam McD turut diubah menjadi menjadi makanan segera. Bubur yang sepatutnya berkhasiat kerana mengandungi segala nutrien diubah menjadi makanan segera dengan menambah kadar gula dan garam yang terlalu tinggi dan bubur ini boleh disimpan berhari-hari. Bubur ini hanya perlu dipanaskan sahaja dan ia sedia untuk dimakan oleh sesiapa sahaja, malahan iklan yang ditonjolkan oleh bubur ayam McD menggunakan konsep kekeluargaan dan ia bagaikan menghasut para ibu bapa untuk membelikan bubur teresbut sebagai sarapan pagi bagi ahli keluarganya. Sebenarnya adalah banyak lagi makanan segera yang diperluaskan daripada makanan tradisional yang selalu masyarakat Malaysia makan seperti nasi ayam, salad, bubur dan sebagainya. Masyarakat leka bahawa makanan segera ini mempunyai kandungan nutrien-nutrien yang sangat sedikit malahan langsung tidak berkhasiat untuk pengambilan makanan seperti biasa mahupun sebagai makanan untuk sekeluarga yang bahagia. Di samping itu, banyak bahan kimia digunakan dalam industri makanan segera untuk menyedapkan lagi makanan segera dan kadangkala bahan kimia yang digunakan adalah sangat kabur bagi masyarkat kita kerana kepakaran sains ini hanya terdapat di luar negara dan masyarakat tempatan masih belum terdedah dengan kepakaran sains makanan segera ini.

Tindakan Dr.Chua Soi Lek yang disokong oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk mengharamkan pengiklanan makanan segera ini setiap saluran media sebenarnya belum boleh terlaksana lagi. Ini kerana, tindakan menunding jari bahawa iklan-iklan makanan segera merupakan faktor utama mempengaruhi masyarakat Malaysia untuk mengambil makanan segera adalah tidak berasas. Sebagai contohnya, di Eropah, iklan makanan di Sweden adalah kira-kira 21 peratus, Perancis 49 peratus, Belgium 53 peratus. Tetapi tahap obesiti di kalangan kanak-kanak di ketiga-tiga negara ini adalah sama iaitu di sekitar 18 hingga 19 peratus. Kajian ini menunjukkan sekurang-kurangnya 30 peratus kanak-kanak di Sweden tidak bersenam. Sebaliknya di Belanda, jumlah iklan makanannya adalah sebanyak 84 peratus tetapi tahap obesiti kanak-kanak hanyalah 14 peratus sahaja. Ini kerana 70 hingga 80 peratus rakyat berusia 6 hingga 24 tahun mempunyai tabiat bersenam. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa jumlah iklan makanan di media tidak mempunyai kolerasi secara langsung ke atas kesihatan manusia. Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor kenapa masyarakat Malaysia masih memilih makanan segera sebagai makanan rutin harian mereka, walaupun menyedari bahana memakan makanan segera. Salah satu faktor kenapa masyarakat Malaysia memilih makanan segera adalah kesibukkan aktiviti harian terutamanya golongan berkerja tidak kira sama ada sudah berumahtangga atau yang belum berumahtangga.

Golongan berkerja ini terlalu mementingkan kerjaya dan kerja mereka berbanding kesihatan mereka. Mereka lebih mementingkan perkhidmatan serta penyediaan makanan yang cepat dan segera, oleh itu mereka memilih makanan segera kerana ciri-ciri makanan segera ini menepati kriteria-kriteria mereka. Lagipun, mereka lebih selesa serta mudah puas sekadar untuk mengisi perut mereka yang kosong setelah seharian berpenat-lelah menyiapkan kerja mereka. Sekiranya mereka ingin memasak, membeli barang mentah untuk dimasak, menyediakan masakan dan sebagainya amat membebankan mereka yang tidak mempunyai masa yang terluang untuk menyediakan masakan yang berkhasiat dan sihat. Masalah ini juga turut dihadapi oleh golongan berkerja yang sudah berumahtangga, apabila kedua-dua ibubapa yang sibuk berkerja untuk mencari nafkah disebabkan kos kehidupan yang sangat tinggi. Sesampai sahaja di rumah, sudah tidak bertenaga untuk menyediakan makan malam dan alternatif yang terbaik adalah pergi ke salah satu premis perniagaan makanan segera dan memakan makanan segera sebagai makan malam ataupun hidangan sekeluarga. Konsep ini selalu digunakan dalam iklan makanan segera terutamanya dalam iklan KFC, terdapat juga menu-menu yang ditawarkan oleh restoran adalah berteraskan konsep keluarga, contohnya Family Feast, Dinner Plate, Kid Set dan sebagainya. Konsep ini sebenarnya mempermudahkan golongan berkerja ini untuk menyediakan makan malam serta menarik perhatian golongan berkerja ini untuk memilih makanan segera. Bukan itu sahaja, gaya hidup serta trend juga merupakan faktor masyarakat Malaysia memilih makanan segera. Masyarakat kita yang terikut-ikut dengan gaya hidup masyarakat barat yang memakan makanan segera sebagai makanan rutin mereka menjadi faktor penambah kepada peningkatan makanan segera ini. Di samping itu, makanan segera ini bagaikan membina satu stereotaip di mana, orang yang berkemampuan untuk membeli makanan segera ini menunjukkan status sebagai orang yang berada dan moden. Sekiranya, orang yang tidak pernah memakan makanan segera dianggap ketinggalan zaman dan merupakan orang yang miskin kerana tidak berkemampuan untuk membeli makanan segera.

Oleh itu, terdapat pelbagai faktor penambah kenapa masyarakat Malaysia masih memilih makanan segera walaupun menyedari bahana pengambilan makanan segera secara berterusan. Antaranya, ia boleh menyebabkan kualiti hidup masyarakat semakin menurun dari segi tahap kesihatan kerana makanan segera boleh menyebabkan masalah obesiti yang teruk, perut buncit, diabetes, kolestrol tinggi, karies gigi, keguguran rambut dan sebagainya. Masalah ini sememangnya terbukti secara klinikal oleh pelbagai pakar perubatan dalam atau luar negara. Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Beliau juga berkata bahawa kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung dan sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.

Menyedari masalah kesihatan berikutan pengambilan makanan segera secara berterusan dan dalam kadar yang sangat tinggi, perlulah wujud kesedaran oleh setiap lapisan masyarakat. Salah satunya adalah perlunya adanya program kesedaran dimana, pihak kerajaan mahupun NGO berusaha menyedarkan masyarakat bahaya makanan segera sekiranya memakan makanan segera dalam kadar yang sangat banyak. Melalui program ini, segala maklumat-maklumat mengenai makanan segera ini termasuklah kandungan kalori, lemak, garam dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kesan-kesan buruk disebabkan pengambilan makanan segera juga perlu dimaklumkan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai juga perlu sedar memakan makanan segera tidaklah terlalu memudaratkan sekiranya mengambilnya dalam kadar yang sederhana dan minimum. Mengamalkan pemakanan yang seimbang merupakan panduan pemakanan yang paling baik di mana kandungan lemak, garam dan gula perlulah diambil dalam kadar yang minimum tetapi makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperbanyakkan. Masyarakat juga perlu sedar bahawa bersenam dan meminum air mineral dengan banyak merupakan alternatif yang terbaik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit seperti darah tinggi, diabetes, obesiti dan sebagainya. Ibubapa juga perlu mula mendidik anak-anak mereka mengenai cara pemakanan yang sihat dan betul, ia juga menjadi tanggungjawab bagi ibubapa supaya menjadi contoh terbaik bagi anak-anak mereka. Segalanya bermula dalam struktur keluarga di mana, ibubapa walaupun sibuk dengan kerja seharian mereka, perlulah juag meluangkan masa untuk menyediakan masakan yang sihat dan berkhasiat berbanding memakan makanan segera.

Kesimpulannya, makanan segera mempunyai baik buruknya kerana dari pandangan positif, ia dapat menjana pendapatan negara, mewujudkan peluang pekerjaan yang baik serta memanfaatkan pelbagai sektor-sektor tempatan. Namun demikian, segala kebaikan ini mempunyai bayarannya dan kali ini adalah tahap kualiti kesihatan masyarakat di mana, maslaah kesihatan mula dihadapi oleh setiap lapisan masyarakat, lebih kurang 2 juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan segera. CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda. Oleh itu, masyarakat perlu sedar kesan buruk makanan segera sekiranya adanya niat untuk memakan makanan segera tetapi perlulah berpada-pada dan jangan sesekali mengikut hawa nafsu semasa memakan makanan segera ini.

[+/-]Baca Selanjutnya..

TIPS ULANGKAJI BERKESAN



Oleh: Nur Hayati Safwanah D.

Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.

1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari
yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.

Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :

1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

[+/-]Baca Selanjutnya..

P & P DI LUAR BILIK DARJAH

Oleh : MOHD HANAFI JUMRAH


TAWAU- Satu kejadian gempa bumi berskala 3.5 Richter telah melanda Kunak dua bulan yang lalu. Berikutan daripada kejadian gempa bumi ini telah menyebabkan keretakan di beberapa bahagian, termasuk lantai dan alang Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya tiga minggu lalu. Seorang pelajar cedera ringan di kaki apabila serpihan konkrit koridor sekolah telah menimpa mangsa ketika mangsa sedang berjalan.

Seramai 980 pelajar daripada tingkatan Satu hingga Enam dekat sini enggan memasuki kelas kerana bimbang akan keselamatan mereka. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) masih tetap dilakukan walaupun mereka terpaksa belajar di kantin, dewan dan astaka daripada mengambil risiko akibat daripada keretakan tersebut.

Selepas menerima lawatan daripada Ahli Parlimen Silam, Saleh Kalbi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) enggan mengambil sebarang risiko berkenaan keselamatan anak-anak mereka. Pada lawatan berkenaan Saleh Kalbi juga menyatakan bahawa keadaan sekolah ini memerlukan perhatian segera untuk memastikan keselamatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah ini tidak terancam.

Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melawat sekolah berkenaan, namun Institut Jurutera Malaysia (Ikram) belum lagi membuat pengesahan sama ada sekolah itu selamat diduduki atau sebaliknya.

[+/-]Baca Selanjutnya..

PARAS SUNGAI RENDAH PUNCA UBAT KURANG

Oleh: Mohd Hanafi Jumrah


KUALA LUMPUR- Jabatan Kesihatan Sarawak mendapati bekalan ubat di Klinik Kesihatan Nanga Merit di Bahagian Kapit berlakunya kekurangan ubat disebabkan masalah kelewatan penghantaran ubat dan juga disebabkan paras air sungai yang terlalu rendah sehingga menyebabkan bot ekspres tidak dapat bergerak ke Daerah Belaga.

Selain paras air sungai rendah, sikap cuai pegawai yang bertugas juga telah gagal membuat pesanan bekalan ubat bagi setiap tiga bulan. Hal ini kerana, pegawai yang bertugas lewat memesan ubat, siasatan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Faizul Mansoor.

“Setakat ini, masalah penghantaran ubat sudah dapat diatasi dan bekalan ubat di hantar ke Klinik Kesihatan Nanga Merit. Manakala, bagi pegawai berkenaan juga telah diingatkan agar memesan ubat secara berkala,” kata Dr Faizul Mansoor dalam satu kenyataan semalam.

[+/-]Baca Selanjutnya..

MAJIKAN PROFESIONAL, PEMBANTU RUMAH BERETIKA.



Oleh : Nur Hayati Safwanah Durahman

Masyarakat Malaysia kini terutamanya keluarga golongan pertengahan ke atas kebanyakannya memerlukan pembantu rumah dalam keluarga mereka. Kesibukan ibu bapa bekerja siang hari telah menjadikan pembantu rumah sebagai alternatif untuk menyelesaikan segala urusan di rumah termasuklah menjaga anak-anak. Bagi mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah, kebanyakan ibu bapa akan mengambil pembantu rumah daripada agensi pembantu rumah asing yang telah disediakan di negara ini. Mereka akan merasa segan membebankan ibu bapa mereka untuk menjaga anak-anak mereka. Oleh itu, pembantu rumah asing lah yang akan menjadi fokus utama mereka. Lagipun amat sukar untuk mencari pembantu rumah warga Malaysia sendiri kerana pada masa kini pekerjaan pembantu rumah sudah tidak di pandang oleh masyarakat Malaysia kini. Biasanya panggilan ‘amah’ atau ‘kakak’ untuk pembantu rumah begitu sinonim dengan masyarakat golongan ini di Malaysia. Kenapa masyarakat Malaysia lebih gemar mengupah pembantu rumah warga asing terutamanya dari Indonesia? Inilah yang selalu menjadi persoalan di benak fikiran kita kan? Sebenarnya kita sendiri sudah tahu jawapannya. Sukar untuk mencari pembantu rumah warga Malaysia sekarang ini. Hal ini kerana ia berkaitan dengan gaji sebagai pembantu rumah yang dirasakan tidak memuaskan. Jadi, masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk mencari pekerjaan yang memberikan gaji yang lebih tinggi.

Menyentuh tentang isu gaji sebagai pembantu rumah di Malaysia ini, kebanyakan majikan tidak memberikan gaji yang tinggi kerana menganggap kerja sebagai pembantu rumah tidaklah seberat yang disangka. Namun, tugas sebagai pembantu rumah boleh dianggap sebagai tanggungjawab yang berat. Menjaga anak, mengemas rumah, memasak, mencuci pakaian, dan sebagainya merupakan kerja yang penat. Jika terkena lagi keluarga tempat bekerja itu mempunyai ramai anak-anak kecil, tentu letih melayan kerenah mereka. kadangkala kerja yang pembantu rumah buat ini tidak tertanggung oleh badan mereka. oleh itu, hanya pekerja asing sahaja yang sanggup melakukan kerja ini di Malaysia. Masyarakat Malaysia sendiri tidak mahu menjadi pembantu rumah kerana merasakan gaji yang diberikan tidak akan berbaloi dengan apa yang akan mereka lakukan. Masyarakat Malaysia bersyukur kerana dengan adanya Agensi Pembantu Rumah Asing yang disediakan di negara ini. Agensi yang disediakan ini telah memudahkan masyarakat Malaysia dan tidak perlu bersusah-payah untuk mencari pembantu rumah lagi. Namun, sejak kebelakangan ini ramai pembantu rumah warga asing kurang berminat untuk datang ke Malaysia berikutan gaji yang diberikan rendah dan laporan media mengenai kes penderaan pembantu rumah warga asing di Malaysia seperti yang dibentangkan dalam persidangan Dewan Negara (11 Julai 2009- Kuala Lumpur, BERNAMA)

Baru-baru ini, media telah memaparkan tentang kes penderaan pembantu rumah di Malaysia yang melibatkan pembantu rumah warga Indonesia. Selepas kes Nirmala Bonat yang telah disimbah dengan air panas dan seterika oleh majikannya sehingga mencetuskan tunjuk perasaan anti Malaysia di Indonesia, muncul lagi kes kedua yang juga mendapat liputan luas oleh media iaitu kes Siti Hajar yang didera oleh majikannya serta tidak dibayar gaji sehingga tertunggak sebanyak hampir RM17,000. Malah, turut dikesali apabila Siti Hajar hanya diberi makan berlaukkan ‘babi’ sahaja dan tidak dibenarkan makan ayam, sayur dan daging. Sememangnya kita sebagai warga Malaysia mengesali apa yang telah terjadi terhadap Siti Hajar. Perkara seperti inilah yang akan menjadi buah mulut orang kerana ia melibatkan sifat-sifat kemanusiaan sejagat. Kes-kes seperti ini boleh membakar jiwa masyarakat apatah lagi ia mendapat liputan luas oleh pihak media. Ada yang berasa marah, kesal, sedih, dan ada juga yang baru mulai sedar akan sifat-sifat kemanusiaan yang sepatutnya kita pupuk dalam diri kita dengan adanya kes-kes seperti ini. Pelbagai persepsi diberikan oleh seluruh masyarakat mengenai kes-kes yang dikemukakan oleh media ini.

Namun begitu, sebenarnya kes penderaan pembantu rumah oleh majikan di Malaysia hanyalah kes minoriti sahaja seperti yang diperkatakan oleh Pengarah Lembaga Pengkajian Masalah Sosial Pekerja Indonesia, Khairuddin Harahap (myMetro). Terdapat juga kes keganasan pekerja asing terhadap majikannya seperti kes Hanni Seo yang dijatuhkan hukuman empat tahun lapan bulan penjara kerana mengaku bersalah cuba hendak membunuh bekas majikannya, Phang Kian Huang di Air Itam, Pulau Pinang. Namun, hukuman itu dianggap ringan setelah mahkamah dimaklumkan bahawa Hanni Seo bertindak demikian kerana tertekan dan merasa teraniaya akibat dizalimi oleh bekas majikannya itu. Sebenarnya kita tidak boleh meletakkan sepenuh kesalahan di bahu majikan-majikan sahaja kerana tidak semua majikan bersifat tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja terdapat kes penderaan pembantu rumah, malah terdapat juga kes-kes pembantu rumah yang tidak berdisiplin dan tidak memberikan komitmen terhadap pekerjaannya. Menurut Setiausaha parlimen kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk paduka Abdul Rahman Ibrahim, terdapat 25 aduan yang diterima melalui ‘hotline’ aduan di bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia sejak 21 Jun lepas. Sebanyak 21 aduan daripada 25 aduan tersebut mengenai pekerja asing yang menipu majikan, tiga aduan melaporkan majikan tidak membayar gaji dan satu aduan mengenai pembantu rumah yang melarikan diri daripada majikan. Menurutnya lagi, dari Januari 2008 sehingga Januari 2009 terdapat 4010 kes majikan yang telah di senarai hitamkan dan 19 agensi pekerja asing yang telah digantung lesen (11 Julai 2009-BERNAMA).

Merujuk kepada kes-kes penderaan pembantu rumah oleh majikan dan kes keganasan pekerja ini, kita akan tertanya-tanya mengapakah berlakunya perkara-perkara seperti ini? Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kes seumpama ini berlaku. Namun, tidak semua faktor penyebab berlakunya penderaan hanya tertumpu pada majikan sahaja. Sebenarnya ia bergantung pada keadaan dan situasi di antara pembantu rumah dan majikannya. Menurut Dr. Fatimah Yusoff, Pensyarah Jabatan psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes-kes ini ialah berkaitan dengan personaliti majikan dan juga sikap sesetengah pembantu rumah tersebut (Utusan Malaysia, 12 Feb 2000). Menurut beliau, sikap majikan yang tidak penyabar dan mempunyai masalah peribadi serta pembantu rumah yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka boleh menyebabkan ketegangan di antara mereka. Sesetengah majikan sukar memahami pembantu rumah dan menganggap mereka boleh membuat apa sahaja kerja tanpa memikirkan bahawa tugas sebagai pembantu rumah tidaklah semudah yang disangka. Pembantu rumah juga memerlukan masa untuk beristirahat setelah penat bekerja. Maknanya, majikan perlu profesional dalam memberikan tugasan dan pembantu rumah pula mesti menerapkan etika dan kredibiliti yang baik ketika bekerja. Jika tidak, silap hari bulan berlakulah babak-babak penderaan sama ada dari segi fizikal atau mental.

Majikan juga boleh merasa terdera perasaannya apabila mempunyai pembantu rumah yang pandai memijak kepala dan ingkar dengan segala arahan. Pendek kata, kredibiliti seorang pembantu rumah dalam menjalankan tanggungjawab mereka di tahap yang tidak memuaskan sehingga majikan merasa tertekan dan tidak percaya dengan pembantu rumah mereka. Menurut Dr. Fatimah lagi, pembantu rumah yang kerap melakukan kesalahan ketika bekerja dan bersikap malas menimbulkan perasaan marah majikan. Jika berterusan boleh menyebabkan majikan ke tahap mendera jika ditambah lagi dengan masalah peribadi yang ditanggung majikan. Justeru, keserasian perlu ada di antara majikan dan pembantu rumah. Majikan mesti bersikap profesional, pekerja pula mesti ikhlas menjalankan kerja mereka dan bersedia melakukan tugasan sebagai pembantu rumah. Kes-kes pembantu rumah asing yang tidak menjalankan kerja dengan baik itu sebenarnya akibat daripada tidak berminat dengan bidang pekerjaan tersebut tetapi terpaksa melakukannya untuk mendapatkan wang atau kerana tidak mempunyai peluang pekerjaan lain. Ini mendesak mereka untuk menerima pekerjaan yang mereka langsung tidak minat dan bukan dalam bidang mereka. Sesetengah pekerja asing di Malaysia ini tidak berkesan, tidak cekap dan tidak bahagia kerana mereka tidak berada di tempat yang tepat. Pekerjaan mereka mungkin bukanlah pekerjaan yang mereka cintai. Sekiranya pekerja telah menemui bidang kerjaya yang tepat, ia akan mendapat kenikmatan dalam menyelesaikan tugas di bidang kerja mereka.

Justeru, ada yang menganggap kejadian seumpama ini di mana berlakunya penderaan pembantu rumah asing oleh majikan dan juga keganasan pekerja asing terhadap majikan di Malaysia hanyalah satu perlakuan jenayah biasa sahaja. Namun, jika diteliti dengan mendalam kes-kes seperti ini akan memberikan impak negatif di antara negara kita dan juga Indonesia. Kes-kes ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa percaya di antara kedua-dua belah pihak. Malah boleh menjejaskan hubungan diplomatik atau hubungan internasional di antara kedua-dua negara ini. Selain itu, kes seperti ini juga boleh menimbulkan masalah kepercayaan dan keyakinan terhadap pengurusan pentadbiran negara serta sistem kehakiman kita. Banyak kes-kes yang dilaporkan tapi hanya sedikit yang dibicarakan dan selebihnya masih dalam siasatan. Kes-kes yang dilaporkan terlalu lama dalam siasatan. Seperti juga kes Nirmala Bonat di mana hukuman terhadap bekas majikannya sudah diputuskan tetapi masih belum dilaksanakan seperti dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof di dalam sidang Dewan Negara Julai lalu (28 Ogos 2009, Utusan Malayia). Beliau telah memaklumkan bahawa bekas majikan Nirmala tersebut, Pek Hua, telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Kes ini masih belum selesai sedangkan ia sudah berlalu selama lebih kurang dua tahun. Sebenarnya, kes-kes seperti ini kita tidak boleh memandang ringan kerana ia melibatkan hubungan di antara dua negara. Banyak persepsi yang akan muncul dan boleh memburukkan nama negara masing-masing.

Oleh itu, kedua-dua negara harus memberikan kerjasama dalam membendung masalah-masalah ini. Jangan biarkan imej negara kita terjejas dan menyebabkan hubungan di antara negara kita dengan Indonesia tidak berjalan dengan baik. Salah satu langkah untuk mengatasi permasalahan ini ialah Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia, persatuan bukan kerajaan, pihak majikan dan pembantu rumah hendaklah meneliti setiap permasalahan yang berlaku ini dengan baik dan menyelesaikannya dengan cara yang betul tanpa melibatkan emosi dan prasangka buruk antara satu sama lain. begitu juga dengan pihak Indonesia. Selain itu, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan menarik lebih ramai lagi pembantu rumah asing yang berkualiti ke Malaysia, Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim, berkata lagi bahawa rakyat Malaysia mesti sanggup membayar gaji yang lebih tinggi atau setanding dengan gaji yang ditawarkan di negara-negara lain dan membayar gaji tepat pada waktunya. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia hendaklah mempertimbangkan perkara ini untuk mendapatkan pembantu rumah yang bermutu. Begitu juga dengan tugas pembantu rumah. Hendaklah melakukan tugasan dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan untuk meningkatkan mutu kerja. Paling penting sekali, hubungan di antara majikan dan pembantu rumah hendaklah harmonis dan menjalinkan kemesraan.

[+/-]Baca Selanjutnya..

Tinggalkan kejahilan, semarakkan budaya membaca.



Oleh: Nur Hayati Safwanah Durahman


Budaya membaca adalah salah satu usaha yang amat digalakkan di kalangan masyarakat Malaysia pada setiap peringkat umur atau golongan. Sepatutnya kita menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan seiring dengan era pembangunan dan kemajuan globalisasi di negara ini. Kita harus mencontohi sarjana komunikasi dan ahli akademik yang terkenal iaitu Harold D. Laswell yang memiliki minat membaca yang luas. Membaca adalah satu inisiatif yang berkesan dalam menambahkan pengetahuan. Untuk membaca, kita memerlukan buku. Buku melambangkan ilmu.


Seperti yang kita tahu, membaca mempunyai kepentingannya yang tidak boleh kita pandang sebelah mata sahaja. Mempraktikkan budaya membaca ini boleh menjauhkan diri dari segala kejahilan di dunia. Melalui bacaan boleh membekalkan ilmu. Bangsa yang berilmu adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca adalah bangsa yang mencintai ilmu. Kita akan kelihatan jahil tanpa ilmu dan bagaimana kita hendak memajukan negara kita andainya setiap golongan masyarakat di negara ini tidak berusaha mencari inisiatif dalam membangunkan negara. Selain itu, membaca akan membolehkan kita meluaskan pengetahuan dan menjana pemikiran untuk memiliki motivasi diri yang tinggi. Bacaan menciptakan manusia seutuh-utuhnya (Francis Bacon, 1995).

Namun, timbul persoalan di mana isi-isi kandungan setiap buku yang diterbitkan adakah bersifat ilmiah atau sekadar hiburan semata-mata? Sememangnya ada buku yang bersifat hiburan diterbitkan. Namun, penerbit harus mencari inisiatif untuk menarik perhatian pembaca dengan membekalkan bacaan yang bersifat ilmiah. Contohnya, majalah. Penerbit boleh menerbitkan majalah yang bersifat ilmiah dengan muka surat yang tidak terlalu banyak sehingga membuatkan pembaca cepat merasa bosan untuk membaca. Dalam satu situasi di mana pengunjung di kedai buku hanya akan melintasi atau membelek sahaja buku-buku tebal. Manakala, majalah-majalah hiburan akan menjadi perhatian utama pengunjung. Justeru, penerbit-penerbit buku hendaklah mencari jalan dalam mengasah tabiat membaca masyarakat di negara ini.

Sebenarnya, individu itu sendirilah yang akan membuat penilaian sama ada ingin memotivasikan diri ke arah kecemerlangan atau sebaliknya. Semangat membaca tidak harus dipaksa tapi harus lahir dari hati daripada setiap individu dengan keinginan yang jitu. Cuba bayangkan jika kita membuat sesuatu dengan terpaksa. Adakah ia akan bertahan lama? Setiap individu harus faham sendiri faedah dan manfaat membaca ini. Jangan buat secara terpaksa kerana semangat membaca tidak akan berterusan. Apa yang menyedihkan, remaja sekarang lebih suka membaca majalah-majalah hiburan, komik, novel dan sebagainya yang tidak bersifat ilmiah. Sedikit sebanyak ia akan mengubah sikap-sikap remaja ke arah kemerosotan akhlak dan sosial.

Justeru, ibu bapa adalah orang yang harus bertanggungjawab membentuk akhlak dan peribadi anak-anak. Anak-anak seperti kain putih, terpulang kepada ibu bapa mencorakkan mereka. Jika corak tersebut diwarnakan dengan warna merah, merah lah jadinya. Jika diwarnakan dengan warna biru, biru lah jadinya. Budaya membaca ini harus diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jangan bila anak-anak sudah besar, barulah sedar bahawa dari kecil lah kita patut mendidik mereka dan meniti lah di bibir kita kata pepatah Melayu, ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Ibu bapa harus mencari inisiatif awal seperti membina mini perpustakaan di dalam rumah dan sentiasa lah menghadiahkan anak-anak dengan buku untuk menggantikannya dengan permainan. Jadikan anak-anak kita sebagai ‘ulat buku’. Tidak ada ruginya, malah banyak manfaatnya kepada bangsa, agama dan negara kita.

Selain itu, kerajaan juga mempunyai peranan yang penting sebagai ‘platform’ dalam mendidik masyarakat menjadi bangsa yang bertamadun, berilmu serta mampu menangkis anasir-anasir luar dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini. Salah satu cara untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat kita ialah dengan menurunkan duti import terhadap bahan bacaan luar. Kerajaan juga boleh menganjurkan program-program seperti pesta buku antarabangsa. Ini akan menarik perhatian masyarakat untuk menyambut seruan kerajaan. Masyarakat yang membaca akan membudayakan ilmu sebagai wahana pembangunan negara. Jika setiap kita bertanggungjawab dan membudayakan pembacaan, akan tercapailah visi negara kita yang menginginkan semua masyarakat celik huruf seratus peratus pada tahun 2010.

Namun, usaha kerajaan yang murni dalam memupuk budaya membaca ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kita. Masyarakat kita kurang tabiat membaca berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi hanya siswazah-siswi sahaja yang memberikan sambutan. Namun, tidak semua siswa-siswi yang menyambut positif usaha murni ini. Mereka lebih sebati dengan buku-buku yang bersifat hiburan seperti majalah hiburan, komik, dan novel. Malahan, penerbitan buku-buku hiburan lebih banyak berbanding buku-buku ilmiah. Sehubungan dengan itu, usaha ini haruslah dipikul bersama oleh semua pihak supaya masyarakat Malaysia tidak begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat Jepun. Semua pihak tidak harus berputus asa dalam menangani masalah ini, bak kata pepatah ‘belakang parang diasah lagikan tajam, inikan pula manusia’.

[+/-]Baca Selanjutnya..

KEMPEN ANTI-MEROKOK SUATU REALITI ATAU MITOS



OLEH : MOHD HANAFI BIN JUMRAH


“Merokok merbahayakan kesihatan” begitulah slogan yang tertera pada kotak-kotak rokok di Malaysia. Secara umumnya, rokok adalah berbentuk silinder yang diperbuat daripada kertas mempunyai ukuran panjang antara 70 hingga 120 mm dengan ukuran diameter sekitar 10 mm yang mengandungi daun tembakau yang telah dicacah. Merokok ialah membakar pada salah satu hujung rokok dan membiarkan ia membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain. Tabiat merokok merupakan penyakit global yang menular ibarat nanah yang semakin membusuk di negara kita, dengan implikasi yang amat serius bukan sahaja ke atas kesihatan perokok, sistem kesihatan sesebuah negara dan kesejahteraan ekonomi. Kajian yang telah dijalankan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) ke atas 18,000 orang pada tahun lepas mendapati perokok yang berusia 15 tahun sebanyak 21 peratus, 16 tahun sebanyak 32.2 peratus, 17 tahun sebanyak 35.6 peratus, 18 tahun sebanyak 45.5 peratus, 19 tahun sebanyak 51.4 peratus, 20 tahun sebanyak 49.2 peratus dan 54 peratus merupakan perokok dewasa.

Namun apa yang menyedihkan lagi, seramai 10, 000 orang maut setiap tahun akibat daripada penggunaan rokok. Rokok yang mengandungi 4,000 bahan kimia termasuk tar (bahan membuat jalan raya), nikotina, ammonia (bahan pencuci lantai), arsenik (racun anai-anai), dan karbon monoksida (gas beracun). Rokok yang berpunca daripada tembakau boleh menyebabkan seseorang yang merokok itu menjadi ketagih. Tembakau merupakan hasil pertanian yang diproses daripada daun tumbuh-tumbuhan genus Nicotiana yang segar. Industri tembakau telah menyumbang sebanyak RM 1.2 billion kepada pendapatan negara melalui pelbagai jenis cukai dan lebih kurang RM 3.6 billion setahun disumbangkan kepada negara hasil daripada cukai rokok. Industri penanaman tembakau bermula pada 1883 di Sabah dengan tanaman tembakau cerut. Kemudian diikuti tembakau jenis virginia di Semenanjuang Malaysia di Ladang Penyelidikan Malaysia di Serdang, Selangor pada 1931. Kemudian pada tahun 1970 penanaman tembakau berkembang pesat di Kelantan, sehingga hari ini meningkat sebanyak 60 peratus pengeluarannya. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (HWO), tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Tembakau juga mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil sebagai nikotin.

Ketua amalan Farmasi, Kuliyah Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed, menyatakan bahawa rokok mengandungi nikotin yang boleh melumpuhkan sistem saraf tengah, menghentikan proses pernafasan dan menyebabkan kematian jika anda mengambil 60 miligram (mg) nikotin sekali gus. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa rokok sebagai ejen yang menghantar secepat dan sebanyak mungkin nikoti di dalam tubuh badan seorang perokok atau pun di dalam tubuh perokok melalui bahan-bahan di dalam rokok. Buletin World Health yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (HWO) edisi bulan Julai-Ogos 1995, melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan, yang mana ia sama dengan apa yang dihasilkan oleh heroin dan kokain.

Selain itu, rokok bukan sahaja boleh melumpuhkan sistem saraf tengah, tetapi rokok juga boleh mengurangkan keupayaan seseorang dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berat seperti mendaki gunung, seorang perokok akan hilang keupayaan untuk bertahan lama apabila mendaki gunung dari segi pernafasan, ketahanan diri dan tenaga. Hal ini kerana, asap rokok yang dihidu itu akan masuk ke dalam saluran darah, kemudiannya asap itu dihantar ke jantung dan akan menyebabkan jantung tidak dapat mengepam secara normal lalu menyebabkan keupayaan seseorang itu menurun. Timbalan Pengarah, Jabatan Kesihatan Wilayah, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Sallehudin Abu Bakar menyatakan bahawa pada tahun 2000, menunjukkan bahawa 25 peratus yang maut disebabkan barah paru-paru, 25 peratus penyakit jantung koronari, 20 peratus menghidapi strok, 15 peratus COPD (penyakit sekatan pulmonari) kronik dan 15 peratus lagi lain-lain punca.

Kesan merokok atau asap rokok ini juga memberikan risiko yang sama kepada wanita yang mengandung dan juga anak yang dikandung. Pada awal kehamilan, rokok akan memberi kesan yang negatif terhadap janin, yang boleh mengakibatkan kecatatan terhadap anak yang bakal dilahrikan dan merencatkan pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta. Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita yang merokok berkemungkinan adalah tiga kali lebih rendah berbanding dengan bayi normal dan risiko yang lebih tinggi akan menyebabkan kematian bayi. Kualiti susu badan juga berkurangan daripada biasa akibat daripada aktiviti merokok semasa awal kehamilan. Ibu juga berisiko melahirkan bayi sebelum tempoh matang dan anak yang dilahirkan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami sawan. Selain daripada penyakit, tabiat merokok juga boleh memberikan kesan terhadap fizikal manusia. Menurut Sallehuddin dan Norlaila (1998), dari aspek fizikal, tabiat merokok boleh mengakibatkan bau rokok yang kurang menyenangkan kepada pakaian. Warna gigi turut akan berubah daripada warna putih kepada warna kekuningan. Gigi akan menjadi cepat rosak dan mulut akan mengeluarkan nafas yang berbau.

Manusia terawal di dunia yang merokok adalah daripada suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok bertujuan untuk memuja dewa atau roh. Pada abad ke-16, bangsa Eropah telah menemukan benua Amerika dan sebahagian daripadanya ialah para penjelajah Eropah dan mereka juga terikut untuk menghisap rokok, kemudiannya membawa tembakau pulang ke Eropah. Selepas itu merokok sudah sinonim dengan kalangan bagsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang daripada Sepanyol telah membawa masuk rokok ke Turki dan bermula daripada detik itu, ia terus menular ke negara-negara Islam. Sehingga kini isu merokok menjadi semakin meruncing dalam kalangan penduduk di seluruh dunia. Apa yang membimbangkan lagi kebanyakan perokok yang mula merokok seawal di bangku sekolah lagi. Hal ini kerana remaja lebih cenderung mempengaruhi kawannya yang tidak merokok agar sama-sama menikmatinya dan menambah keceriaan serta merapatkan lagi hubungan antara mereka. Menurut Kamarudin (1996) mengatakan bahawa remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok boleh di dorong oleh desakan rakan sebaya. Remaja biasanya diterima masuk di dalam sesuatu kumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika remaja tersebut tidak berani merokok mereka akan dipulaukan dalam kalangan rakan sebaya mereka.

Selain itu, antara sebab-sebab merokok adalah perasaan ingin menonjolkan keegoan diri. Pada kebiasaannya, apabila kaum lelaki sampai disuatu peringkat akan merasakan dirinya mempunyai kekurangan atau tidak sempurna kelakiannya jika tidak merokok. Sekiranya dia tidak merokok dan melihat orang yang berada di sekelilingnya merokok sama ada di sebelahnya atau dihadapannya, ia merasakan bahawa dirinya tercabar dan merasa terlalu kecil ditengah-tengah kaum lelaki yang merokok. Perasaan inilah yang perlu dihapuskan dalam dirinya, lantas mengambil rokok sebagai kesempurnaan keegoannya. Apa yang lebih jelas lagi, apabila mereka berjalan dan dihembuskan pula asap rokok dijalanan, ini menunjukkan bahawa mereka cukup sempurna sebagai seorang dewasa. Mereka merokok di mana-mana sahaja, tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok di premis-premis kerajaan seperti lapangan terbang, hospital, sekolah dan universiti dan denda yang dikenakan.

Sesetengah orang berpendapat bahawa merokok itu merupakan satu keperluan apabila menghadapi sesuatu masaalah. Rokok dianggap sebagai suatu yang dapat meringankan beban kekusutan fikiran yang dialami dan ianya dapat dikurangkan melalui tabiat merokok. Sekiranya fikirannya mula berkecamuk, maka seseorang individu itu akan mengambil rokok sebagai ubat penenang fikiran. Mereka merasakan bahawa dengan tabiat merokok boleh memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan. Perokok juga sentiasa mempertahankan bahawa merokok mempunyai keupayaan yang boleh mengurangkan tekanan, ketegangan dan berasa lebih tenteram. Tabiat merokok dianggap sebagai aroma terapi untuk mereka lari daripada segala masalah yang membelengu diri mereka. Keadaan ini yang membawa kepada ketagihan dan masalah kesihatan yang serius.

Walaupun, banyak kesan negatif daripada tabiat merokok tetapi masih ramai lagi perokok yang merokok tanpa mengendahkan seruan kerajaan terhadap amalan gaya hidup yang sihat. Negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (HWO) telah mencipta Hari Dunia Tanpa Tembakau pada 1987. Hari Dunia Tanpa Tembakau ini disambut pada 31 Mei setiap tahun oleh seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kematian setiap tahun, yang mana sebanyak 3.5 juta setiap tahun dilaporkan berpunca daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan tembakau. Pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membendung masalah ini antaranya ialah kempen anti-merokok dan cara hidup sihat.

Namun kempen anti-merokok yang telah diilhamkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah melancarkan Kempen Anti-Merokok “Tak Nak” pada Februari tahun 2004 lebih memfokus pada remaja yang berumur 13 sehingga 21 tahun. Hal ini kerana, kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah dikalangan remaja. Kempen Anti-Merokok “Tak Nak” ini pada asalnya merupakan cetusan minda bekas Perdana Menteri kita ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang bimbang melihat golongan generasi muda yang kian terjebak. Isu berkenaan dengan merokok ini bukanlah satu perkara yang baru di Malaysia. Kempen anti-merokok yang dilaksanakan oleh kerajaan boleh diibaratkan sebagai “mencurah air ke daun keladi” yang diberikan oleh rakyat Malaysia, malahan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dengan meletakkan gambar ngeri pada kotak-kotak rokok seperti tidak memberi kesan dan tidak membawa apa-apa makna ke atas perokok itu sendiri. Tiada perokok yang ngeri dengan melihat gambar-gambar tersebut.

Sikap individu perokok itu sendiri yang tidak mahu berubah dan meninggalkan tabiat merokok. Tabiat merokok sudah sebati dengan kehidupan perokok dan mereka mula ketagih dengan rokok, apabila sehari tidak merokok dia merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap. Walaupun, mereka tahu bahawa merokok boleh mendatangkan kesan yang negatif dalam hidup mereka, tetapi mereka tetap mengambil kesan ini dengan remeh dan menganggap bahawa kesemua kesan tersebut adalah dusta selagi kesan itu tidak mengenai diri mereka sendiri. Sikap individu yang keras hati, tidak akan menyahut seruan kerajaan dan menjayakan kempen anti-merokok, mereka akan memberi pelbagai alasan agar mereka tidak berhenti merokok. Mereka juga tidak berasa takut terhadap gambar-gambar yang telah diletakkan di kotak-kotak rokok, malahan mereka membeli kotak rokok khas, kemudian meletakkan rokok yang dibeli ke dalamnya dan bersaing terhadap kotak rokok siapa yang paling cantik. Keputusan hanya terletak di tangan individu itu sendiri, jika mereka mahu menyahut seruan kerajaan iaitu kempen anti-merokok mereka akan lakukan, tetapi jika mereka tidak menghiraukannya mereka tetap akan merokok dan mungkin akan menjadi perokok tegar. Analoginya di sini ialah tangan kanan memegang sebilah `pisau dan tangan kiri memegang mentimun, maka keputusan ditangan kita sama ada mahu memotong mentimun itu dengan cara sendiri atau membiarkannya sahaja.

Selain itu, kurangnya pemantauan daripada ibu dan bapa. Ibu dan bapa haruslah menjadi role model yang terbaik buat anak-anak. Setiap gerak-geri, kata-kata yang keluar daripada ibu dan bapa diperhatikan oleh anak-anak. Sekiranya ibu dan bapa merokok di hadapan anak-anak sedangkan mereka melarang anak-anak tersebut merokok. Maka tidak hairanlah jika anak-anak itu meniru apa yang ibu dan bapa lakukan. Ibu dan bapa yang sibuk mengejar kebendaan tidak akan menghiraukan anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan anak-anak mereka mencari hiburan di luar dan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik. Ibu dan bapa juga harus mengenali dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Rakan-rakan mempunyai pengaruh yang kuat antara satu sama lain. Oleh itu, penting bagi semua ibu dan bapa untuk mengenali siapa kawan-kawan anak-anak anda dan ibu bapa mereka. Galakkan anak-anak remaja untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat dan positif bersama rakan-rakan mereka. Perhatikan ke mana mereka pergi dan ekori mereka agar mereka selamat daripada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Memberi wang belanja sekolah yang mencukupi dan menanamkan konsep menabung. Jika memberi wang belanja sekolah secara berlebihan, maka wang lebihan tadi akan digunakan untuk membeli rokok.

Tiada sokongan daripada masyarakat terhadap kempen anti-merokok. Masyarakat tidak prihatin terhadap remaja-remaja yang berpakaian sekolah merokok secara bebas di pusat membeli-belah. Mereka hanya memandang sebelah mata sahaja, seolah-olah mereka tidak melihatnya. Di manakah sifat masyarakat Malaysia yang penyayang?. Penjaja atau penjual rokok juga tidak prihatin, yang mana penjaja atau penjual rokok ini turut menjual kepada remaja di bawah umur. Mereka hanya memikirkan soal keuntungan sahaja, tanpa menghiraukan amaran oleh kerjaan yang meletakkan lable hanya untuk 18 tahun ke atas di kotak rokok. Isi kandungan rokok juga telah di mansuhkan, yang mana dahulunya terdapat kotak rokok yang mengandungi 7 batang dan 10 batang, tetapi kerajaan telah memansuhkannya menjadi 14 batang dan 20 batang. Hal kiranya dapatlah membendung gejala merokok dalam kalangan perokok, tetapi ternyata hasilya tidak kerana penularannya rokok seludup dan tiruan. Pada kebiasaannya perokok boleh membeli rokok sebatang sahaja di kedai-kedai runcit, ini menujukkan bahawa penjual rokok hanya mementingkan keuntungan sahaja daripada menyahut seruan kerajaan.

Kelemahan penguatkuasaan juga menjadi sebab mengapa kempen anti-merokok ini gagal. Penguatkuasaan yang kurang boleh menyebabkan penyeludupan rokok-rokok daripada negara lain berleluasa. Penjaja-penjaja rokok seludup semakin berleluasa di negara kita, namun tiada tindakan dilakukan daripada pihak berwajib. Pada kebiasaannya rokok seludup atau tiruan yang dijual lebih murah berbanding rokok tempatan. Malaysia seharusnya menguatkuasakan lagi penguasaan dan undang-undang agar matlamat kerajaan untuk negara sifar rokok dapat direalisasikan. Papan tanda denda RM 5, 000 sekiranya di dapati merokok premis-premis kerajaan tidak dilaksanakan dan hanya menjadi perhiasan sahaja. Sekiranya kerajaan benar-benar serius untuk membasmi perokok-perokok tegar, tindakan dan denda yang telah lama terkubur haruslah dilaksanakan agar perokok-perokok ini berhenti merokok.

Kesimpulannya, setelah banyak amaran, peringatan, nasihat, kempen dan bermacam-macam lagi aktiviti anti-merokok dijalankan, hasilnya tetap sama dan tidaklah membanggakan. Kempen anti-merokok yang telah menelan belanja beratus-ratus juta ringgit belum juga menampakkan sebarang perubahan yang nyata di kalangan perokok. Dalam hal ini, kempen anti-merokok dirasakan telah gagal. Pelbagai langkah-langkah yang lebih drastik perlulah dilakukan bagi menangani isu ini. Tanggungjawab ini bukanlah hanya terletak di bahu kerajaan sahaja, sebaliknya semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan semula kempen anti-merokok berjaya dan individu perokok itu sendiri harus mempunyai kesedaran dan mempunyai kemahuan untuk berhenti merokok.

[+/-]Baca Selanjutnya..