KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA



UMS – Keadaan yang agak kotor telah mengundang pelbagai perspesi kususnya kepada orang luar yang datang melawat anak-anak mereka di kolej kediaman. Secara tidak langsung satu aktiviti gotong royong telah diadakan bagi membersihkan Blok A dan B di kolej kediaman AB. Aktiviti gotong royong ini di telah melibatkan pelajar-pelajar daripada blok A dan B dan juga Felo.

Sebagai seorang mahasiswa seseorang pelajar itu bukan hanya harus cemerlang dari segi akademik tetapi juga harus peka dengan keadaan persekitaran. Ada sesetengah pelajar yang tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan suka membuang sampah dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keselesaan orang lain. Ini dapat di lihat banyak sampah-sampah yang terbiar di persekitaran kolej kediaman. Apa yang lebih menghampakan lagi ada sesetengah pelajar ini merosakan perabot-perabot di bilik. Keadaan ini sering berlaku di waktu penghujung semester. Sikap seperti ini harus di elakan kerana ia akan merugikan pelajar-pelajar sendiri

Aktiviti gotong royong yang telah di adakan di kolej kediaman AB adalah untuk membuka minda pelajar bahawa kebersihan itu adalah tanggungjawab bersama. Jestru ia dapat mendidik mahasiswa supya lebih perihatin dan berdisiplin. Persekitran yang kotor akan memberikan ketidak selesaan pelajar-pelajar sendiri. Selain itu juga aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar sendiri dan juga Felo.

Persekitaran yang bersih membawa kebaikan kepada semua kususnya pelajar-pelajar sendiri. Keselesaan itu amat penting bagi menjana pemikiran yang lebih baik bagi mencapai prestasi akademik yang lebih cemerlang.

Comments :

0 comments to “KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Post a Comment