Terdapat banyak aduan serta ketidakpuashatian Indonesia terhadap Malaysia. Baru-baru ini wujud kontroversi, di mana rakyat Indonesia berasa tidak puas hati ke atas tarian Pendet serta asal-usulnya. Carian melalui Wikipedia, menyatakan bahawa tarian Pendet ini merupakan tarian pemujaan di tempat ibadat umat Hindu di Bali, Indonesia. Tarian ini melambangkan penyambutan dewa-dewi ke alam dunia.
Bukan itu sahaja, terdapat juga isu Batik di mana Batik Java hinggalah Batik Sunda asalnya dari Indonesia dikatakan berasal dari Malaysia sendiri. Tetapi Malaysia juga mempunyai corak Batiknya tersendiri dan kadangkala persamaan dari segi corak serta propaganda dari sesetengah pihak mencetuskan kontroversi antara Malaysia dan Indonesia. Lagipun, sebelum isu batik ini tercetus, Indonesia sendiri tidak menekankan atau mementingkan Batik.
Ketegangan antara Jakarta dan Malaysia tidak dapat diselesaikan di mana, media Indonesia melaporkan sebuah halaman web Malaysia baru-baru ini didapati mendakwa gamelan adalah sebahagian warisan kebudayaan tempatan. Laman web bagi warisan kebudayaan, www.warisan.gov.my dilaporkan Jakarta Globe menyenaraikan gamelan sebagai sebahagian daripada warisan Malaysia selain bersama boria dan tarian zapin.
Isu-isu yang dipaparkan dalam setiap arus media termasuklah Facebook. Facebook merupakan arus media yang terbaru dan boleh dikatakan merupakan kegilaan terbaru masyarakat dunia. Dalam Facebook, tajuk "WE HATE MALAYSIA" (Kami Benci Malaysia) oleh sekumpulan rakyat Indonesia diutarakan dalam halaman hadapan Facebook mereka. Ini jelas menunjukkan kebencian Indonesia terhadap Malaysia. Malahan, bagi rakyat Indonesia yang berkerja di Malaysia dinasihati supaya tidak berkongsi budaya serta tarian Indonesia dengan Malaysia berikutan tuduhan Indonesia terhadap Malaysia yang mencuri tarian Pendet Bali.
Logo bagi kumpulan ini juga menunjukkan "orang lidi" yang memegang bendera Indonesia sedang memijak Jalur Gemilang. Slogan yang dilaungkan oleh mereka adalah "Bukan rasisme, ini nasionalisme!" dan disertakan dengan ayat "Berhati-hatilah dengan kata-kata serumpun mereka, karena mereka akan menikam dari belakang"
Tindakan Jakarta yang begitu ekstrem ini sememangnya boleh mencetus kemarahan rakyat Malaysia sendiri dan isu-isu yang diutarakan, sedikit sebanyak mempunyai kebenarannya tetapi kadangkala, isu ini telah dipropagandakan oleh sesetengah orang supaya boleh menjejas hubungan baik antara Jakarta dan Malaysia.
http://www.facebook.com/search/?q=we+hate+malaysia&init=quick#/group.php?gid=68311750529&ref=search&sid=1759740985.494607843..1
Albert Thien