RAHSIA WARNA DAN CORAK TALI LEHER



Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru.

Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah.

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam.

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu

Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.

Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.

Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik.

Bercorak gelombang.

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.


[+/-]Baca Selanjutnya..

BISKUT SARANG SEMUT



Biskut Sarang Semut yang siap dibakar





Tepung yang siap diparut



Bahan-Bahan:

2 gelas tepung jagung
1 ½ cawan mentega
2 biji telur
1 gelas gula halus
2 ½ gelas tepung gandum
Sedikit esen vanilla

Cara-Caranya :

Mentega + kuning telur dipukul kembang. Masukkan tepug jagung + tepung gandum
Parutkan ke dalam mangkuk kertas dan taburkan coklat rice.

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

[+/-]Baca Selanjutnya..

Resipi Kuih Raya



Aneka jenis biskut di Pagi Raya

Salam semua. Kepada semua pengunjung blog, di sini saya ada serta beberapa resipi kuih atau biskut raya.Semestinya resipi ini merupakan turun-temurun daripada keluarga saya sendiri. Kepada orang sabahan yang ingin cuba rasa kuih atau biskut semenajung boleh lah cuba membuatnya sendiri. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya (eppy).

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

[+/-]Baca Selanjutnya..

1001 Khasiat Kurma



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah.

1001 Khasiat Buah Kurma

1. "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

2. buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium.

3. menggalakkan pertambahan kandungan susu ibu.

4. ertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

5. makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

6. Orang yang memakan 7 biji buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan.

7. Kurma juga dapat mengatasai masalah sembelit.

8. Ia juga sebagai penawar untuk mereka yang menghidapi masalah insomnia (masalah tidur malam).

9. Buah kurma juga boleh mengubati mereka yang sakit atau gatal-gatal kerongkong dan boleh menghentikan batuk.

10. Ia juga boleh merangsang selera makan.

11. Ia bertindak untuk menguatkan daya ingatan.


OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

[+/-]Baca Selanjutnya..

SALAM RAMADAN





SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN BUAT SEMUA WARGA UMS DAN UMAT ISLAM DI DUNIA.

IKHLAS DARI SABAH THROUGH US

[+/-]Baca Selanjutnya..

HILANGNYA SENGAT KEMERDEKAAN KE-52


DEWAN CANSELOR- Sambutan kemerdekaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-52 kurang sengatnya apabila tidak berjaya menarik minat seluruh warga UMS untuk datang ke Dewan Canselor pada 14 Ogos 2009 bagi menjayakan Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009.

Pelbagai persembahan disajikan kepada penonton yang hadir yang membawa kepada kepelbagaian etnik ke arah melahirkan masyarakat 1 Malaysia. Persembahan yang penuh warna-warni ini telah menghiburkan semua penonton yang hadir.

Walaupun tidak mendapat sambutan hangat daripada warga UMS, tetapi majlis Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009 tetap berjalan lancar. Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009 telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon.

Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009 menutup tirai dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang oleh seisi Dewan Canselor.

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

[+/-]Baca Selanjutnya..

PAPADOM MENANG BESAR




DEWAN CANSELOR- Filem Papadom menang besar apabila filem ini dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang diadakan dan di pancarkan secara langsung dari Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS)pada 8 Ogos 2009.

Filem yang akan di tayangkan pada 8 Oktober ini dan di arahkan oleh Afdlin Shauki turut membawa pulang hadiah wang tunai RM 50, 000 dan hadiah 100,000 berupa kemudahan penerbitan perfileman.

Hadiah utama disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah di iringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pelancingan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Sesuai dengan tema FFM22 pada kali ini ‘Filem Malaysia ke Persada Dunia’ Papadom turut merangkul empat lagi anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik yang menjadi milik Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki) dan Skor Muzik Terbaik.

FFM22 yang dianjurkan oleh Finas dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia (PFM), kerajaan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat sambutan hangat seluruh rakyat bukan sahaja di UMS sendiri tetapi di seluruh Malaysia.

Anugerah Lain

Filem Dokumentari Terbaik - Bumi Pribumi (FINAS & Q-Plex Communication)
Filem Pendek Terbaik - Permata Bonda (USIM)
Filem Animasi Terbaik - My Telatori (The One Academy of Communication Design)
Filem Digital Terbaik - Aathma (Damaz Entertainment Sdn. Bhd.)
Pelakon Harapan Lelaki - Zahiril Adzim (Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita - Jaclyn Victor (Talentime)
Pelakon Kanak-Kanan - Mohd Hadziq (Syurga Cinta)
Lagu Tema Asal Terbaik - Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)
Poster Terbaik - Histeria
Filem Box-Office - Geng: Penggembaraan Bermula (RM6.2 juta)
Filem Komedi Terbaik – Los Dan Faun
Pengarah Terbaik – Yasmin Ahmad
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mohd. Shafie Naswip (Talentime)
Pelakon Pembantu wanita Terbaik – Salina Saibi (Bohsia)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik- Jaclyn Victor (Talentime)
Sinematografi Terbaik – Setem
Anugerah Khas Juri – Talentime
Lakon Layar Terbaik – Yasmin Ahmad
Penataan Seni Terbaik – Setem
Pengarah Harapan – James Lee (Histeria)
Penyunting Terbaik – Setem
Anugerah Khas Juri- Histeria

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

[+/-]Baca Selanjutnya..

PENCARIAN PESERTA MYSTARZ LG



KOTA KINABALU- Pencarian peserta program realiti MyStarz LG telah bermula. Pada 1 dan 2 Ogos 2009, pencarian bakat baru peserta program realiti My Starz LG telah diadakah di Center Point Sabah, Kota Kinabalu. Pencarian bakal-bakal bintang LG yang berusia antara 18 hingga 25 tahun telah mendapat sambutan hangat.

Pencarian bakat ini bagi memenuhi rancangan realiti MyStarz LG musim 3 yang akan disiarkan khas di TV 3. Juri-juri yang akan menilai bakat-bakat peserta di bawah bayu ini adalam Encik Mokhtaza (orang kanan Warner Music ) dab Lan Ve mentor kepada Fira (Program realiti Mentor).

Lebih 300 orang peserta telah membanjiri ruang legar tingkat 4 di Center Point Sabah dan seramai dua belas orang peserta akan di pilih bagi merebut hadiah utama. Pemenang pertandingan MyStar LG berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM 1000,000, kontrak rakaman dengan Warner Music, produk LG yang bergaya dan inovatif, dan semestinya menjadi bintang yang terkenal. Bekas peserta dari MyStarz LG musim 1 yang berasal dari Sabah juga turut datang membuat persembahan, menghiburkan dan menunjukkan bakat mereka kepada para pengunjung serta kepada para peserta uji bakat MyStarz LG musim 3.

Lokasi seterusnya adalah di Bumi Kenyalang, Sarawak pada 8 dan 9 Ogos 2009 di Tun Jugah Mall. Manakala, lokasi terakhir adalah di Kuala Lumpur merupakan lokasi yang terakhir bagi uji bakat MyStarz LG musim 3 pada 3 dan 4 Oktober 2009. Sila nantikan program realiti MyStarz LG musim 3, secara langsung hanya di TV 3.

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

[+/-]Baca Selanjutnya..

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA



UMS – Keadaan yang agak kotor telah mengundang pelbagai perspesi kususnya kepada orang luar yang datang melawat anak-anak mereka di kolej kediaman. Secara tidak langsung satu aktiviti gotong royong telah diadakan bagi membersihkan Blok A dan B di kolej kediaman AB. Aktiviti gotong royong ini di telah melibatkan pelajar-pelajar daripada blok A dan B dan juga Felo.

Sebagai seorang mahasiswa seseorang pelajar itu bukan hanya harus cemerlang dari segi akademik tetapi juga harus peka dengan keadaan persekitaran. Ada sesetengah pelajar yang tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan suka membuang sampah dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keselesaan orang lain. Ini dapat di lihat banyak sampah-sampah yang terbiar di persekitaran kolej kediaman. Apa yang lebih menghampakan lagi ada sesetengah pelajar ini merosakan perabot-perabot di bilik. Keadaan ini sering berlaku di waktu penghujung semester. Sikap seperti ini harus di elakan kerana ia akan merugikan pelajar-pelajar sendiri

Aktiviti gotong royong yang telah di adakan di kolej kediaman AB adalah untuk membuka minda pelajar bahawa kebersihan itu adalah tanggungjawab bersama. Jestru ia dapat mendidik mahasiswa supya lebih perihatin dan berdisiplin. Persekitran yang kotor akan memberikan ketidak selesaan pelajar-pelajar sendiri. Selain itu juga aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar sendiri dan juga Felo.

Persekitaran yang bersih membawa kebaikan kepada semua kususnya pelajar-pelajar sendiri. Keselesaan itu amat penting bagi menjana pemikiran yang lebih baik bagi mencapai prestasi akademik yang lebih cemerlang.

[+/-]Baca Selanjutnya..