PENCARIAN PESERTA MYSTARZ LG



KOTA KINABALU- Pencarian peserta program realiti MyStarz LG telah bermula. Pada 1 dan 2 Ogos 2009, pencarian bakat baru peserta program realiti My Starz LG telah diadakah di Center Point Sabah, Kota Kinabalu. Pencarian bakal-bakal bintang LG yang berusia antara 18 hingga 25 tahun telah mendapat sambutan hangat.

Pencarian bakat ini bagi memenuhi rancangan realiti MyStarz LG musim 3 yang akan disiarkan khas di TV 3. Juri-juri yang akan menilai bakat-bakat peserta di bawah bayu ini adalam Encik Mokhtaza (orang kanan Warner Music ) dab Lan Ve mentor kepada Fira (Program realiti Mentor).

Lebih 300 orang peserta telah membanjiri ruang legar tingkat 4 di Center Point Sabah dan seramai dua belas orang peserta akan di pilih bagi merebut hadiah utama. Pemenang pertandingan MyStar LG berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM 1000,000, kontrak rakaman dengan Warner Music, produk LG yang bergaya dan inovatif, dan semestinya menjadi bintang yang terkenal. Bekas peserta dari MyStarz LG musim 1 yang berasal dari Sabah juga turut datang membuat persembahan, menghiburkan dan menunjukkan bakat mereka kepada para pengunjung serta kepada para peserta uji bakat MyStarz LG musim 3.

Lokasi seterusnya adalah di Bumi Kenyalang, Sarawak pada 8 dan 9 Ogos 2009 di Tun Jugah Mall. Manakala, lokasi terakhir adalah di Kuala Lumpur merupakan lokasi yang terakhir bagi uji bakat MyStarz LG musim 3 pada 3 dan 4 Oktober 2009. Sila nantikan program realiti MyStarz LG musim 3, secara langsung hanya di TV 3.

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

Comments :

0 comments to “PENCARIAN PESERTA MYSTARZ LG”

Post a Comment