PAPADOM MENANG BESAR




DEWAN CANSELOR- Filem Papadom menang besar apabila filem ini dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang diadakan dan di pancarkan secara langsung dari Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS)pada 8 Ogos 2009.

Filem yang akan di tayangkan pada 8 Oktober ini dan di arahkan oleh Afdlin Shauki turut membawa pulang hadiah wang tunai RM 50, 000 dan hadiah 100,000 berupa kemudahan penerbitan perfileman.

Hadiah utama disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah di iringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pelancingan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Sesuai dengan tema FFM22 pada kali ini ‘Filem Malaysia ke Persada Dunia’ Papadom turut merangkul empat lagi anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik yang menjadi milik Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki) dan Skor Muzik Terbaik.

FFM22 yang dianjurkan oleh Finas dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia (PFM), kerajaan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat sambutan hangat seluruh rakyat bukan sahaja di UMS sendiri tetapi di seluruh Malaysia.

Anugerah Lain

Filem Dokumentari Terbaik - Bumi Pribumi (FINAS & Q-Plex Communication)
Filem Pendek Terbaik - Permata Bonda (USIM)
Filem Animasi Terbaik - My Telatori (The One Academy of Communication Design)
Filem Digital Terbaik - Aathma (Damaz Entertainment Sdn. Bhd.)
Pelakon Harapan Lelaki - Zahiril Adzim (Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita - Jaclyn Victor (Talentime)
Pelakon Kanak-Kanan - Mohd Hadziq (Syurga Cinta)
Lagu Tema Asal Terbaik - Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)
Poster Terbaik - Histeria
Filem Box-Office - Geng: Penggembaraan Bermula (RM6.2 juta)
Filem Komedi Terbaik – Los Dan Faun
Pengarah Terbaik – Yasmin Ahmad
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mohd. Shafie Naswip (Talentime)
Pelakon Pembantu wanita Terbaik – Salina Saibi (Bohsia)
Pelakon Harapan Wanita Terbaik- Jaclyn Victor (Talentime)
Sinematografi Terbaik – Setem
Anugerah Khas Juri – Talentime
Lakon Layar Terbaik – Yasmin Ahmad
Penataan Seni Terbaik – Setem
Pengarah Harapan – James Lee (Histeria)
Penyunting Terbaik – Setem
Anugerah Khas Juri- Histeria

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

Comments :

0 comments to “PAPADOM MENANG BESAR”

Post a Comment