HILANGNYA SENGAT KEMERDEKAAN KE-52


DEWAN CANSELOR- Sambutan kemerdekaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-52 kurang sengatnya apabila tidak berjaya menarik minat seluruh warga UMS untuk datang ke Dewan Canselor pada 14 Ogos 2009 bagi menjayakan Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009.

Pelbagai persembahan disajikan kepada penonton yang hadir yang membawa kepada kepelbagaian etnik ke arah melahirkan masyarakat 1 Malaysia. Persembahan yang penuh warna-warni ini telah menghiburkan semua penonton yang hadir.

Walaupun tidak mendapat sambutan hangat daripada warga UMS, tetapi majlis Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009 tetap berjalan lancar. Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009 telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon.

Malam Kemuncak Pesta Kemerdekaan UMS 2009 menutup tirai dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang oleh seisi Dewan Canselor.

OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

Comments :

0 comments to “HILANGNYA SENGAT KEMERDEKAAN KE-52”

Post a Comment