FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat (IT)

1.Pengumpulan

Pengumpulan ini berfungsi dengan mengumpul rekod aktiviti yang boleh digunakan kemudian.

2. Pemprosesan

Ia berfungsi untuk proses enukar, menganalisis, pengiraan dan pengsintesisan semua bentuk data atau maklumat.

3. Penjanaan

Penjanaan berfungsi untuk menyusun maklumat kepada bentuk berguna sama ada sebagai teks, suara atau imej.

4. Penyimpanan

Penyimpanan membolehkan proses komputer menyimpan data dan maklumat untuk digunakan kemudia.

5. Dapatan Semula


Ia berfungsi sebagai proses komputer mengelintar dan menyalin data yang tersimpan untuk pemprosesan selanjutnya.

6. Penghantaran


Penghantaran berfungsi sebagai menghantar data dan maklumat daripada satu lokasi ke lokasi lain.

Sumber Rujukan: Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.


Fungsi-Fungsi Teknologi Maklumat


1.Penyimpanan

Teknologi maklumat mempunyai beberapa fungsi-fungsi tertentu sebagai alat penyimpanan data. Setiap komputer mempunyai tempat penyimpanan yang seperti memeory chip, disk magnetic dan disk drive, compact disk, tape magnetic dan tape drives. Ia berfungsi sebagai alat penyimpanan data sama ada dalam jangka masa yang pendek atau dalam jangka masa yang panjang. Fungsinya bukan sahaja sebagai alat penyimpanan data sahaja, tetapi fungsinya juga sebagai alat penyimpanan muzik, audio, system dan imej.

2. Komunikasi

Teknologi maklumat juga mempunyai fungsi sebagai komunikasi. Ia membolehkan komunikasi antara individu dengan perisian atau perkakas komputer seperti, printer, monitor, loudspeaker, dan wayar, fiber optik dan alat penyiaran (braodcat service). Ia berfungsi sebagai menghasilkan suatu salinan asli daripada output melalui system komputer dan menunjukkan output komputer dan melalui sistem video.


Sumber Rujukan: : http://dewibulan.tripod.com/communication/aneekuliah1.html diakses pada 21 julai 2009


Post by:eppy

Comments :

0 comments to “FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)”

Post a Comment