SALAH SIAPA?




SEKOLAH SAINS SOSIAL 23 Julai 2009- Kejadian ribut beberapa hari lalu telah menimpa seluruh Universiti Malaysia Sabah (UMS), terdapat banyak pokok-pokok sekitar UMS tumbang akibat daripada angin kencang.

Angin kencang itu turut melanda Sekolah Sains Sosial (SSS) dan telah mengakibatkan salah satu dinding di SSS runtuh. Dinding itu semakin hari semakin meruntuh, hanya menunggu menyembah ke bumi dan menunggu mangsa, sama ada pelajar atau pensyarah SSS . Tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib, sungguh pun dinding itu telah lama runtuh.

Persoalannya di sini adakah mereka ingin menunggu sehingga berlaku perkara yang tidak di ingini, di sebabkan oleh dinding tersebut barulah tindakan perlu di ambil? Tindakan yang segera perlulah di ambil bagi memastikan tiada nyawa yang terkorban di sebabkan oleh dinding tersebut. Oleh itu siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal-hal sebegini? Adakah SSS atau pihak UMS sendiri? Perkara sebegini tidaklah boleh di ambil mudah kerana ia mengakibatkan nyawa pelajar, pensyarah dan staff SSS.


OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

Comments :

0 comments to “SALAH SIAPA?”

Post a Comment