KARNIVAL PENYELIDIKAN & INOVASI 2009 CATAT SEJARAH



DEWAN CANSELOR UMS 11 Julai- Karnival Penyelidikan dan Inovasi 2009 telah diadakan pada 10 Julai hingga 11 Julai yang bertempat di Dewan Canselor, bermula jam 8.00 pagi sehingga 5 petang telah mencatat sejarah apabila karnival ini mendapat sambutan hangat daripada warga UMS sendiri, pelajar-pelajar sekolah sekitar Sabah dan para pengunjung luar.

Program seumpama ini dapat memberi peluang kepada semua sekolah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mengambil bahagian dan menunjukkan bahawa sekolah-sekolah di dalam UMS ini bukan sahaja berjaya di dalam akademik, tetapi berjaya juga di dalam penyelidikan dan inovasi. Selain daripada semua sekolah di UMS ini turut mengambil bahagian terdapat juga booth daripada Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Institusi Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Penyelidikan Marin Borneo, Lembaga Koko Malaysia, Sabah Art Gallery, Malaysian Agricultural Research & Development Institute, Maxis dan PC Image.

Pelbagai aktivit yang berlaku semasa berlangsungnya karnival ini, antaranya ialah persembahan robot oleh pelajar-pelajar Sekolah Sains dan Teknologi (SST), persembahan kereta F1 speed oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar dan upacara cabutan nombor bertuah. Sokongan yang diberikan oleh organisasi-organisasi luar UMS sangat memberangsangkan dan membuatkan karnival itu menjadi meriah.

Selain itu, banyak penyelidikan dan inovasi telah dibuat oleh sekolah, sekolah di dalam UMS ini antaranya ialah Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP) telah membuat beberapa makanan berasaskan rumpai laut, contohnya keropok rumpai laut dan coklat rumpai laut yang sememangnya mengandungi banyak khasiat. Berbeza dengan Sekolah Pengajian Seni (SPS), mereka melahirkan penyelidikan dan inovasi melalui satu permainan. Permainan ini seakan mirip permainan Juta Ria, tetapi permainan ini berkisarkan tempat-tempat di seluruh Sabah. Perkara yang menarik dalam permainan ini adalah para pemain dikehendaki menjawab soalan teka-teki dan melayakkan pemain menyambung pemainannya ke tempat-tempat lain.

Kemuncak Karnival Penyelidikan dan Inovasi menunjukkan bahawa Sekolah Sains Sosail (SSS) sekali mengukuhkan kedudukan sebagai teraju penyelidikan dan inovasi dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan di UMS. SSS memenangi 15 pingat dalam Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) 2009 dan telah berjaya memenangi 2 pingat emas, 6 pingat perak dan 7 pingat gangsa daripada 23 penyertaan.


OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

Comments :

0 comments to “KARNIVAL PENYELIDIKAN & INOVASI 2009 CATAT SEJARAH”

Post a Comment