FUNGSI IT DAN ICT

OLEH : NORNINAYANIE JASNEH
NUR HAYATI SAFWANAH DURAHMAN

• Penggunaan IT dalam organisasi khususnya dalam dunia perniagaan adalah salah satu bidang teras kepada kejayaan pelaksanaan dasar ekonomi berteraskan pengetahuan (K-Ekonomi) di Malaysia.

• Pembelajaran mengenai IT merupakan penyokong kepada peningkatan perniagaan melalui internet di Malaysia.

• Pembelajaran IT berperanan penting dalam mengurangkan jurang buta komputer dan IT di kalangan masyarakat di Malaysia.

• Bidang IT atau sistem maklumat merupakan penghubung di antara institusi akademik (universiti) dengan industri.

• Bidang IT merupakan bidang yang mengharmoniskan sektor perniagaan dengan IT. Sinergi di antara sistem ICT dan perniagaan adalah penting untuk peningkatan daya saing perniagaan seterusnya membawa kepada kejayaan sesebuah entiti perniagaan virtual.

• Penggunaan dan implimentasi IT berfungsi membantu usahawan IT bumiputera untuk mengembangkan aktiviti e-niaga (e-business) tempatan ke pentas antarabangsa.

• Bidang sistem maklumat (IT perniagaan khususnya) dilihat sebagai berperanan dalam merapatkan standard di antara universiti-universiti Malaysia dengan universiti-universiti terkemuka lain di dunia sepeprti Universiti Harvard, Universiti Bradford, Universiti John Hopkins dan sebagainya.

Comments :

0 comments to “FUNGSI IT DAN ICT”

Post a Comment