DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Takrifan dan Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat teknologi maklumat ialah teknologi yang berkaitan dengan pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat secara elektronik.

Secara umumnya, teknologi maklumat ialah suatu alat utama dalam era maklumat.Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital.

Teknologi maklumat ialah penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalan penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat.

British advisory council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi maklumat sebagai suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya; komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory council for applied Research dan Development: Report on Information Technology; H.M. Stationery Office. 1980)

Behan dan Homes (1990) pula mentakrifkan teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat semula, menghantar dan menerima maklumat.

Martin dan rakan-rakannya mentakrifkan teknologi maklumat terdiri dari semua bentuk teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi, persembahan dan menggunakan data (E.W. Martin et al. 1994).

Rujukan

Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.


Teknologi Maklumat juga ditakrifkan sebagai semua jenis perkakas dan program yang digunakan dalam memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elekronik.

Rujukan

Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Siri 1 Sistem Komputer dan Perisan. Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.


OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH

Comments :

1
Anonymous said...
on 

tq...sgt memerlukan untuk proposol tesis

Post a Comment