MALAM GEMILANG TAMU GADANG


UMS-Sempena konvokasyen yang ke-11, pesta tamu gadang telah di rasmikan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah. Malam perasmian tersebut telah di meriahkan lagi dengan letupan bunga api yang berlangsung kira-kira lima minit.

Pelbagai persemabahan telah diadakan pada malam itu antaranya seperti tarian, muzikal serta nyanyian lagu satu Malaysia yang dibawakan khas oleh pelajar-pelajar UMS sendiri. Kehadiaran artis jemputan Kimin Mudin turut memeriahkan lagi sambutan malam Perasmian Tamu Gadang yang ke-11. Beliau telah menyanyikan lagu Sayang Kinabalu iaitu merupakan salah sebuah lagu yang terkenal di negeri sabah.

Persembahan artis kecil molek iaitu Eliza AF telah menghangatkan lagi suasana pada malam itu. Beliau telah menyanyikan tiga buah lagu. Walaupun keadaan cuaca pada malam itu hujan lebat dan berangin ia tidak menjejasklan sambutan perasmian Tamu Gadang yang ke-11. Selepas nyanyian daripada Eliza AF, naib johan binatang RTM 2009 iaitu Joane juga telah membuat persembahan selaku artis jemputan pada malam itu.

Comments :

1
Hilal Azmi said...
on 

Selamat Tahun Baru 2010! Layari UMSBlogger, komuniti bloggers 1 UMS.
http://umsbloggers.blogspot.com

Post a Comment