RABUN MATA


DEFINISI RABUN MATA

Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik. Ini menyebabkan penglihatan mata menjadi kabur. Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina.

Jenis-jenis rabun mata

1. Rabun dekat(hyperopia)

Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

2. Rabun jauh(myopia)

Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

3. Astigmatism

Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama penyakit rabun mata yang lain.


TANDA-TANDA RABUN MATA

Rabun dekat(myopia)

* Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur
* Kanak-kanak mungkin akan mengecilkan mata apabila cuba melihat objek yang jauh
* Kanak-kanak sekolah tidak dapat melihat papan hitam dengan jelas
* Kanak-kanak mungkin meletakkan buku dekat ke muka ketika membaca

Rabun jauh(hyperopia)

* Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas
* Kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca atau menulis
* Kanak-kanak mungkin akan mengadu mata menjadi penat setelah membaca selama beberapa jam
* Kanak-kanak dengan rabun jauh juga boleh juling

Astigmatism

* Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.
* Kanak-kanak akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala
* Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih cenderung dalam arah yang tertentu sahaja
* Kanak-kanak biasanya boleh melihat garisan menegak lebih jelas dari garisan melintang, atau kadangkala sebaliknya

Selain kabur penglihatan, masalah lain yang mungkin akan timbul ialah:

* Mata merasa penat dan sakit kepala
* Isu keselamatan : contohnya, apabila menunggang basikal, kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun mata yang serius boleh membahayakan dirinya dan orang lain
* Tidak dapat hidup seperti kanak-kanak normal dan mungkin menjejaskan kualiti hidup
* Rabun dekat yang terlalu serius akan meningkatkan risiko retina tercerai dari bahagian mata (retinal detachment) dan ini boleh menyebabkan buta.

Apakah rawatan yang ada?

* Cermin mata atau kanta lekap adalah rawatan biasa untuk masalah ini
* Kanak-kanak lebih sesuai menggunakan cermin mata
* Kanak-kanak yang lebih besar mungkin boleh menggunakan kanta lekap jika mereka boleh memakai dan menanggalkannya dengan baik. Mereka juga harus menanggalkan dan mencuci kanta lekap mengikut saranan doktor.
* Pembedahan untuk membetulkan rabun mata tidak digalakkan untuk kanak-kanak kerana mereka masih membesar.

Sumber : www.myhealth.gov.my

Comments :

0 comments to “RABUN MATA”

Post a Comment